'/>

Kenyataan Media Pemuda PBB (Susulan Kenyataan LGE di Konvensyen DAP di Sibu)

Rakyat Sarawak tidak memerlukan Lim Guan Eng untuk mengajar pucuk kepimpinan Sarawak mengenai cara bagaimana untuk mengurus tadbir negeri itu, apa lagi cara untuk memperjuangkan hak Sarawak.

Ini kerana YAB Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem awal-awal lagi sudah memperjuangkan hak Sarawak dengan menuntut hak dan autonomi daripada Kerajaan Pusat seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, dan rundingan berterusan dengan Kerajaan Pusat masih lagi berjalan.

Malah usaha ke arah itu telah mendapat maklum balas yang positif daripada Kerajaan Pusat dengan tertubuhnya satu jawatankuasa khas. Jawatankuasa itu dibentuk oleh Peguam Negara dan Peguam Negeri bagi merangka hak-hak yang perlu dikembalikan kepada Sarawak dan dijangka mendatangkan hasil pada hujung tahun ini atau pada tahun hadapan.

Justeru tidak perlu untuk Lim Guan Eng cuba untuk 'mengajar' pucuk kepimpinan Sarawak. Setiausaha Agung DAP itu sepatutnya fokus pada menjelaskan kepada rakyat di Pulau Pinang berkenaan pendakwaan yang beliau hadapi sendiri di Mahkamah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta banglo di bawah nilai pasaran.

Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu telah membuktikan kewibawaan YAB Ketua Menteri Sarawak apabila diberikan mandat besar oleh rakyat Sarawak yang sekaligus menolak pakatan pembangkang termasuk DAP.

Sejak menerajui Sarawak juga Tan Sri Adenan Satem telah membawa banyak perubahan demi kesejahteraan rakyat di Bumi Kenyalang, malah kerajaan negeri telah berjaya menterjemahkan dasar-dasar yang diumumkan dalam bentuk tindakan yang diterima baik oleh rakyat Sarawak. Pembangunan Pan Borneo, persetujuan UMNO tidak akan masuk ke Sarawak dan pemansuhan status kaum 'lain-lain' dalam borang kerajaan adalah bukti usahasama erat antara negeri dan persekutuan.

YAB Ketua Menteri Sarawak secara berterusan dan konsisten juga sentiasa memperjuangkan hak-hak negeri Sarawak dan kelebihan Sarawak adalah perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dijalankan dalam semangat satu keluarga kerajaan Barisan Nasional (BN).

Lim Guan Eng sebenarnya sudah tidak berkeyakinan terhadap DAP Sarawak dan kenyataan beliau itu dilihat sebagai satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian dari janji-janjinya di pulau pinang seperti menyelesai masalah banjir serta hanya berniat jahat untuk merenggangkan hubungan baik kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Ini lah budaya politik murahan DAP.

Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta seluruh rakyat Sarawak akan sentiasa berdiri teguh menyokong kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri dan akan menentang habis-habisan mana mana pihak yang cuba mengga ggu gugat kesejahteraan, keamanan dan kestabilan politik yang dikecapi selama ini.

YB Ripin Lamat
Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak
31 Okt 2016

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY