'/>

KUCHING – Tindakan Francis Siah untuk mengadakan demostrasi besar-besaran ala Timur Tengah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud jelas membuktikan beliau yang juga kordinator Movement of Change Sarawak (MoCS) cuba untuk menidakkan keputusan rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri lalu.
Ketua Pegerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof mahu Siah meminta maaf kepada rakyat Sarawak dan Taib atas kenyataanya sebelum ini.
Fadillah berkata tidak ada pihak yang boleh mempertikaikan keputusan pilihan raya negeri lalu yang dilaksanakan secara telus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekaligus menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang lebih dua pertiga untuk membolehkan BN membentuk kerajaan di Sarawak.
“Siah penghinaan keputusan rakyat Sarawak yang telah memilih BN pada pilihan raya lalu,” katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Kolej Komuniti Zon Sarawak di Dewan Suarah Kuching hari ini.
Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata exco Pemuda PBB telah pun membuat laporan polis agar Francis Siah disiasat kerana cuba menghasut rakyat untuk membuat demonstrasi.
“Terserah kepada polis untuk mengambil tindakan dan siasatan selanjutnya,” katanya.

Bintangor:Pertandingan Bolasepak -9 sebelah akan diadakan di Padang MDMJ pada 18 dan 19 Jun 2011.Program ini dianjurkan pihak PDRM Meradong.Berminat sila hubungi pihak berkenaan:
 1.Sjn Akin-0198458265
2.L/an K. Morgan-0168737597
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY