'/>

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dukacita atas kejadian kebakaran di Kampung Muhibbah, Bintangor, pihak Jais Sarikei Paib ingin memaklumkan kepada orang ramai khususnya masyarakat di Bahagian Sarikei yang ingin membantu mangsa, bolehlah menghulurkan sumbangan melalui KUTIPAN SADAQ JUMAAT pada 2 MAC 2018 di SEMUA MASJID di BAHAGIAN SARIKEI.

Selain itu, TABUNG KHAS akan ditempatkan di MASJID & SURAU di BAHAGIAN SARIKEI selama TIGA (3) MINGGU BERTURUT-TURUT.

SEMUA KUTIPAN AKAN DISUMBANGKAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN TERSEBUT. SAMA-SAMALAH KITA MEMBANTU SERTA MERINGANKAN BEBAN DISAMPING MENGUMPUL SAHAM UNTUK AKHIRAT.

"dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa jua yang kamu kerjakan."
[Surah Al-baqarah ; ayat 237]

#care
#share

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY