'/>

1. Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin mendedahkan sikap Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak pedulikan Sabah dan Sarawak semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

2. Ketika itu, beliau mengingatkan Dr Mahathir bahawa Sabah amat memerlukan perumahan, pendidikan, prasarana dan banyak lagi manakala rakyat Sabah mahu dilayan sama rata. Malangnya, Dr Mahathir menepis komen beliau walaupun mengakui kebimbangan ahli politik itu mengenai Sabah.

3. Semua tahu bahawa Mahathir telah diberikan masa yang amat panjang untuk membangunkan Sabah dan Sarawak. 22 tahun memerintah tetapi Sabah dan Sarawak diketepikan dan kini bukan masa beliau lagi.

4. Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbukti tidak lupa kepada Sabah dan Sarawak. Peruntukan yang besar telah diluluskan saban tahun untuk Sabah dan Sarawak khususnya bagi pelbagai program rakyat, bekalan air dan elektrik, geran perladangan komoditi sawit dan getah.

5. Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,300 kilometer dari Semantan, Sarawak ke Serudong, Sabah bakal memberi manfaat yang besar buat rakyat di pendalaman Sabah dan Sarawak.  Projek ini pasti akan membawa pertumbuhan ekonomi yang pesat di Sabah dan Sarawak.

(Baca selanjutnya berkenaan pelan pembangunan dan agihan dalam bajet yang disediakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak ke atas Sabah: http://klxpress.com.my/editorial/27419-mahathir-tidak-pedulikan-sabah-sarawak.html)

6. Kepimpinan Sabah hari ini juga merupakan suara rakyat Sabah yang sentiasa diperjuangkan oleh kerajaan Persekutuan. Hari ini adalah masa Najib Razak untuk membangunkan negeri Sabah dan Sarawak, bukannya Mahathir dan puak pembangkang.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY