'/>
mesyuarat terakhir.



posted from Bloggeroid

lagi budak yang tidak hormat dengan agama islam....klik disini
Ini menunjukkan sudah ada sikap perkauman muncul semula di Malaysia!!!
Perlu ada tindakan segera!!!!
[www.mface.me apa itu MFace ??? Sebuah laman sosial pertama Malaysia yang dibangunkan oleh anak-anak muda tempatan.Bertujuan menjadi medium komunikasi terbaru sepertimana laman sosial sedia ada lagi popular masa kini,seperti Facebook dan Twitter.Sebuah medium komunikasi jaringan sosial pertama Malaysia dengan pengisian tersendiri.Sebuah laman yang mengajak anak-anak seni dalam negara untuk bersama-sama berkongsi kebaikan melalui penubuhannya.

"Kami berbangga dengan pelancaran laman sosial terbaru yang dinaungi oleh bakat-bakat dalam dunia IT tempatan", ujar Pengerusi MFace,Datuk AC Mizal.Beliau ditemui sewaktu di majlis pelancaran MFace yang telah berlangsung penuh gilang gemilang bertempat Hotel Double Tree, Kuala Lumpur.

MD Melaporkan Lebih menarik seramai 60 selebriti terkenal negara telah dipilih dalam membantu menyebar-luaskan lagi laman sosial tersebut.Mereka akan sama-sama mengajak peminat menyertai MFace,berkomunikasi melalui lunas-lunas positif sambil membina rangkaian populariti.

Sekaligus para artis ini memiliki saham syarikat MFace dalam jumlah RM100,000 seorang di mana setiap ketika mereka menjalankan komunikasi di laman sosial,mereka berpeluang meraih pendapatan.


Antara barisan artis yang menandatangani banner MFaceAntara barisan artis yang menandatangani banner MFace

"Kalau sebelum ni artis memuat turun status atau memberi sebarang komen kepada peminat di laman sosial, ia tidak memberi sebarang pulangan,kali ini ia sebaliknya.Setiap mereka di berikan hak memiliki RM100 000 seorang.Dengan hanya berkomunikasi menerusi MFace, mereka berpeluang meraih pendapatan", tambah Datuk AC Mizal lagi.

Sementara bagi para peminat,anda juga bakal meraih ganjaran menarik menerusi MFace. Selain dapat berkomunikasi dengan selebriti kegemaran anda. Sesiapa saja yang dapat mengumpul point tertinggi samada menerusi komen serta klik 'Like' atau Don't Like', anda punya peluang cerah memenangi iPad pada setiap minggu.Tawaran ini bermula sekarang hinggalah enam bulan akan datang.Di samping di tawarkan stuff menarik lain.Seperti laman sosial lain,MFace juga mempunyai game-game berkualiti di bawah kelolaan Gajah Technology.

Setakat ini antara artis yang sudah mengesahkan penglibatan mereka dalam MFace seperti Zain Saidi (artis pertama yang sign in),Zizan (Raja Lawak),Afdlin Shauki,Emelda Rosmila,Adlin Aman Ramlie,Juliana Evans,Fizz Fairuz,Project Pistol,Intan Ladyana,Diana Rafar,Linda Rafar, Abby Abadi,Azzmarima Zawari (Azah Elite) dan ramai lagi.Perancangan masa depan,MFace bukan saja akan mencetus fenomena baru dalam dunia komunikasi maya tempatan yang begitu popular dan 'in' hari ini.Malah tahun depan juga MFace akan memperluaskan lagi susur jalur jaringannya ke peringkat antarabangsa iaitu di Indonesia,China dan India.
-badutrakyat.

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY