'/>

Apa berita awal tu? PRU 13 ke? Atau terpilih sebagai calon DUN ke? Apa sekalipun ,itu hanyalah spekulasi dan persepsi sahaja. Sebenarnya YB Dato Mukhriz Mahathir telah berkunjung secara tidak rasmi ke Kilang akhbar NSTP yang terletak di Shah Alam. Beliau turut membawa bersama anak -anaknya untuk berkongsi pengetahuan tentang penerbitan sesebuah akhbar. Saya lihat ramai pegawai -pegawai di NSTP yang terkejut dengan kehadiran beliau yang begitu santai itu. 
YB di berikan penerangan ringkas mengenai operasi di sana bermula dari proses pertama bahan ,pengolahan warna serta gambar hinggalah ke proses percetakan. YB Dato Mukhriz Tun Mahathir sangat di senangi oleh pekerja -pekerja teknikal di sana yang kemudiannya menjemput beliau untuk makan dan minum bersama-sama di cafe pekerja .YB tidak kekok apabila makan  dan bercerita bersama mereka hinggakan ruangan makan itu mereka namakan “Cafe Dato Mukhriz”
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY