'/>

Susah nak madah kinek tokkk...Mun nak spin pikir betul2...bukti Dan fakta perlu sahih..Konsep Fitnah iboh diamal gilak...

http://www.daliulian.net/cat112/node641451/125780

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol memberitahu kebakaran Klinik Kesihatan Daro itu sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan seharian penduduk khususnya di kawasan DUN Semop di mana ia turut menjadi tumpuan penduduk mendapatkan rawatan kesihatan.

“Justeru, cadangan pembinaan Poliklinik Daro ini yang dijangka dibina tahun hadapan dapat dipercepatkan susulan daripada kejadian kebakaran klinik ini.

“Ini kerana isu pembinaan Poliklinik sudah lama disuarakan dan seringkali dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak”, tegas beliau lagi.

Untuk itu, beliau menggesa pihak kesihatan dan Pejabat Daerah Daro menulis surat kepada ADUN Daro berkenaan permohonan pembinaan Poliklinik Daro dan akan disokong penuh atas nama Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri dan ADUN Jemoreng yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri.

Sementara itu ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwi memberikan cadangan mewujudkan pegawal keselamatan di premis milik kerajaan.

“Dalam kejadian itu, difahamkan tiada pengawal keselamatan dan ini menyebabkan kejadian kebakaran lambat disedari.

“Diharap masalah ini dapat ditangani segera kerana penduduk di kawasan Jemoreng turut mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Daro”, ujanya.

Bagi ADUN Daro, Murni Suhaili memberitahu kejadian kebakaran ini tidak seharusnya dijadikan bahan politk sebaliknya mengajak rakyat membantu menyelesaikan sementara masalah ini agar rakyat terus mendapatkan rawatan kesihatan.

“Kejadian ini tidak seharusnya dipolitikkan kerana saya sentiasa membawa isu berkaitan pembinaan Poliklinik di Daro kepada pihak berkenaan dan mengikut perancangan akan dibina pada tahun hadapan.

Ketiadaan balai bomba di Daro turut disentuh dan pembinaannya dijangka bermula pada tahun hadapan selepas mendapat kelulusan baru-baru ini dan tapaknya juga telah dikenal pasti.

Sumber:Klxpress

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY