'/>

Pemuda PAS akan berdemo membantah Utusan Malaysia kerana kartun yang dikatakan menghina Islam. Adakah kartun itu menghina Islam? Adakah kartun itu juga melambangkan kekeliruan dalam menyelesaikan hukum hakam Islam? Sepintas lalu memang banyak yang perlu dilihat dalam kartun tersebut. Banyak persoalan. Kita perlu melihat apa yang sebenarnya ada dalam minda pelukis kartun itu – mungkin politik dan sindiran.

Mungkin kita ada penjelasan yang boleh kita persoalkan dari apa yang dilukis oleh kartun. Mungkin wanita dalam kartun itu tidak merakamnya tetapi dirakam oleh Datuk XY. Mampu ke merakam insiden yang dirogol. Mungkin juga – itu tahap pemikiran polis kita – atau ulama kita. Cuba kita lihat dari berbagai-bagai sudut lain.

Adakah wanita itu membuat fitnah – atau tindakan suka sama suka dan bukan merogol. Bagaimana dalam di rogol wanita itu boleh merakam adegan itu? Sebenarnya  sengaja menimbulkan persoalan ini. Kita perlu menyiasat secara terperinci dan bukan membuat andaian seperti yang tertera pada kartun itu. Persoalan yang sering kita tanya – adakah lebih baik kita tersalah hukum – orang yang tidak bersalah atau orang yang bersalah terlepas dari hukuman. 
sumber:www.umno-reform2.com
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY