'/>

Ibu Pejabat Barisan Nasional akan melancarkan Satu laman  portal khas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 di kenali TheRakyat yang mengandungi pelbagai maklumat termasuk mengenai calon-calon yang akan mewakili Parti ini sama ada di peringkat DUN ataupun Parlimen.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) , Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan portal ini secara rasmi di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam esok dan majlis perasmian itu dijangkakan bermula pada jam 8 malam.

Pelbagai info-info mengenai pilihanraya, bahan-bahan kempen dan promosi serta temubual ekslusif bersama kepimpinan parti turut akan disajikan kepada pembaca

Portal ini  juga akan menampilkan tujuh segmen utama iaitu temubual, majalah, analisis, e-rakyat, infografik, rakaman audio serta manifesto BN.

Selain itu, turut dimuatkan dalam portal itu, segmen buletin e-rakyat yang akan diterjemah dalam enam bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil, Inggeris, Iban serta Kadazan Dusun.

Orang ramai yang ingin mengikuti segala perkembangan isu dan berita pilihan raya boleh melayari portal itu menerusihttp://therakyat.com bermula 8 malam Rabu ini atau mengikutinya menerusi pelbagai platform sosial termasuk Instagram dan Facebook

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY