'/>
Mahkamah Tinggi di sini dalam alasan penghakiman penuh kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menyatakan bahawa ada keterangan berlakunya penetrasi dubur bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Ia berikutan keterangan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memberi pandangan berlakunya penetrasi tersebut berdasarkan rumusan pakar kimia, Dr. Seah Lay Hong yang menjumpai sampel-sampel diambil daripada dubur Mohd. Saiful Bukhari mengandungi sperma 'Lelaki Y'.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun berkata, disebabkan tiada bukti sokongan, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia


Satu lagi masalah kes ini apabila peguamcara II Datuk Mohd Yusof telah mensabotaj kes ini supaya kes ini dapat digagalkan dan kini Datuk Yusof telah bersama Anwar Ibrahim. 

Tindakan Datuk Yusof ini mengembalikan ingatan orang ramai kepada tindak-tanduk yang meragukan pihak pendakwaraya semasa kes liwat berlangsung.

Antaranya,

Pihak pendakwaan tidak pernah memohon kepada mahkamah agar pasport Anwar ditahan sepanjang perbicaraan berlangsung. Anwar bebas ke serata dunia menghentam sistem kehakiman Malaysia.

Pihak pendakwa terikut-ikut permainan pasukan peguambela Anwar dalam usaha menangguhkan kes.

Kegagalan pihak pendakwa mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka telah pun dikemukakan kepada mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari.

Serta banyak lagi soal-soal lain yang hanya boleh difahami oleh mereka yang arif mengenai undang-undang yang tidak diambil berat oleh pendakwaraya sehingga membolehkan Anwar bebas. Kita sebagai orang biasa yang tidak faham perundangan tidak mampu untuk melihatnya dengan mata kiat. 

Tetapi bagi orang yang faham perundangan telah lama mereka bercakap tentang kelemahan Datuk Yusof mengendalikan kes itu. Yang sebenarnya bukan beliau lemah, tetapi sabotaj untuk memastikan Anwar bebas.



sumber: sungai rapat online

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY