'/>

Alhamdulillah saya telah dimaklumkan bahawa 2 rakyat Malaysia di bawah UN World Food Programme telah dibenarkan keluar dari Pyongyang. Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy kini selamat di Beijing.

Kenyataan Media Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, di atas kejayaan dalam rundingan penting melibatkan pengambilalihan sepenuhnya hakmilik Empangan Hidroelektrik Bakun daripada Kerajaan Pusat.

Selaku Pengerusi Pemuda BN Sarawak dan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, saya juga menzahirkan penghargaan dan terimakasih kepada Kerajaan Pusat, khususnya YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana merealisasikan hasrat Sarawak untuk menjadi hub tenaga di rantau ini.

Kejayaan rundingan ini juga adalah manifestasi jalinan hubungan baik dan erat antara YAB Ketua Menteri Sarawak dengan YAB Perdana Menteri. Ia turut membuktikan keprihatinan Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Najib terhadap keperluan, kehendak dan suara hati rakyat Sarawak.

Pemilikan sepenuhnya Empangan Hidroelektrik Bakun oleh Kerajaan Negeri Sarawak bakal memberi manfaat besar kepada rakyat dan negeri ini, bukan sahaja dalam memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk mengawal sepenuhnya tenaga demi manfaat rakyat serta ekonomi negeri, malah untuk memacu dan merancakkan lagi pembangunan Sarawak.

Semalam, YAB Ketua Menteri Sarawak mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak mencapai persetujuan untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti Sarawak Hydro Sdn Bhd (SHSB), pemilik dan operator Empangan Hidro Elektrik (HEP) Bakun daripada Kerajaan Pusat. Syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, Sarawak Energy Berhad (SEB) akan mengambil alih HEP Bakun.

Pemuda BN Sarawak akan sentiasa berdiri teguh di belakang Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, serta menyokong dasar, perjuangan dan usaha-usaha kepimpinan di kedua-dua peringkat bagi membangunkan lagi negeri Sarawak.

Datuk Seri Najib bukan sahaja sentiasa bersikap terbuka dan ikhlas untuk membantu membangunkan Sarawak menerusi komitmen padu dengan menjadi Perdana Menteri paling kerap turun padang ke Sarawak, malah menyalurkan peruntukan yang begitu besar khususnya untuk membangunkan kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak.

Pemuda BN Sarawak juga akan terus bersama-sama menyokong dan mendukung perjuangan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg dalam memastikan hak dan kepentingan rakyat Sarawak terus terpelihara.

Dato’ Sri Fadillah Yusof
Pengerusi Pemuda BN Sarawak Merangkap Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
9 Mac 2017

Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat RELA Kepada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional


BETONG : Mayat Besimilah Rajali yang maut disambar buaya di Sungai Undey, Pusa telah ditemui pasukan mencari dan menyelamat pukul 10.20-pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Betong, DSP Fahdil Antum Abdullah, mayat ditemui di tepi sungai, tidak jauh dari tempat kejadian.

Terdapat kesan gigitan pada tengkuk dan lengan kanan mangsa.

Mayat telah di bawa ke Hospital Betong untuk pemeriksaan.

Dalam kejadian pukul 4-petang kelmarin, mangsa, 45-tahun yang berasal dari Kampung Hilir Tambak, Pusa sedang mengikat batang rumbia di Sungai Undey bersama tiga lagi rakan.

Ketika sedang mengikat batang rumbia mangsa secara tiba-tiba disambar buaya.

Kejadian itu turut disaksikan sendiri oleh rakan-rakan mangsa/.

Laporan Pemantauan Operasi(SAR) Mangsa Di Sambar Buaya

ANGGOTA OPS SAR:

- APM Betong
- 01 x pegawai
- 08 x anggota lain-lain pangkat

- Bomba Dan Penyelamat
- 08 x Anggota

- PDRM
- 02 x Anggota

RELA
- 2 anggota

DARO : Sekurang –kurang 20 acara menarik telah disusun untuk memeriahkan sambutan Pesta Terubok sempena sambutan Hari Daerah Daro, di sini, bermula 10 hingga 25 Mac ini.

Pegawai Penerangan Daerah, Khusairi Suhaibo memberitahu,  aktiviti bermula dengan penganjuran Program Mobile Community Transformation Centre  (MCTC) di Kampung Penasu pada 10 hingga 12 Mac dan diikuti dengan Jerayawara Kerja anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, di Tadika Kie Ming, Daro,  14 hingga 15 Mac.
Pada 18 hingga 19 Mac katanya,  orang ramai berpeluang menyaksikan perlumbaan Power Boat di Tebingan Sungai Daro.

“Kita juga akan mengadakan majlis kesyukuran di Masjid Tunku Abdul Rahman, petang 23 Mac.  Daro Kitchen pula berlangsung pada 23 hingga 26 Mac,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, peminat seni  Daro berpeluang mengetengahkan bakat masing-masing melalui Pertandingan Karaoke Best Koleksi Patrick Kamis dan Lagu 60 an yang berlangsung di pentas utama pada 24 Mac.

Ujarnya, majlis perasmian program pada 25 Mac dijangka akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro, Safiee Ahmad.
Program itu katanya,  akan diikuti dengan Running Man Terubok, Autoshow,  persembahan bermukun, Ratu PestaTerubok dan acara Kebudayaan.

“Dalam pada itu, pada 26 Mac penganjur juga menyusun pelbagai acara menarik untuk pengunjung.  Antaranya, senamrobik, sukan rakyat, pertandingan menyumpit daerah Daro, demonstrasi memanah, pertandingan poco-poco, pamuk,  jom makan cucur dan pertandingan futsal.  Majlis penutupan rasmi juga berlangsung pada hari yang sama,” jelasnya.


| Copyright © 2013 MERADONG TODAY