'/>

SARIKEI:  Rakyat harus tahu bahawa setiap pembangunan yang melibatkan pembinaan kemudahan asas seperti elektrik, air dan kemudahan jalan raya perlu dikaji dengan teliti dan mendalam sebelum ia dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri N36 Semop, Abdullah Saidol berkata, pelaksanaan bagi membangunkan perkara asas tersebut bukannya boleh dilaksanakan dengan begitu mudah dan dibuat pada sekelip mata sahaja.

"Sebelum kita melaksanakan banyak perkara yang harus kita ambil kira kerana kita melakukannya bukan sekadar untuk melepaskan batuk di tangga.

"Perkara yang paling utama sebelum kita melakukan apa-apa tindakan adalah kita mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakannya kerana bagi menyediakan kemudahan tersebut perbelanjaan yang besar diperlukan.

"Disamping itu juga,  kita harus membuat pertimbangan sebagai contoh kemudahan air, adalah sumber utama bagi kita menyalurkan kemudahan tersebut mencukupi bagi menampung keperluan semasa penduduk dalam tempoh yang tertentu," kata Abdullah.

Tambahnya, setiap kajian sebelum melaksanakan sesuatu perkara itu amat penting kerana kita tidak mahu ia seperti gajah putih pada suatu masa, kemudahan ada tetapi tidak mampu berfungsi dengan sempurna dan memberikan satu lagi masalah kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi pemberita mengulas mengenai penyataan yang telah dikeluarkan oleh Pengerusi Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) N36 Semop, Sabran Yahya pada Utusan Borneo Khamis lepas.

"Jangan sesuka hati melepaskan cakap jika tidak tahu mengenai situasi sebenarnya dan jika betul-betul ada masalah yang sangat serius pihak kita sedia berbincang dengan sebaiknya terutama dalam usaha untuk mengatasi masalah tersebut.

"Dalam beberapa minggu selepas pilihanraya yang lepas hingga sekarang kita mempunyai aktiviti yang cukup padat terutama dengan melakukan kunjungan dan lawatan kerja ke kawasan kampung yang berada dalam kawasan kita bagi membuat pantauan susulan serta sebagai maklumbalas terhadap setiap laporan dan permohonan bertulis yang telah disampaikan oleh penduduk kepada kita tentang masalah yang dihadapi oleh mereka.

"Apa yang kita mahu dari rakyat sekarang adalah bersabar kerana kita perhatin dengan masalah yang dihadapi oleh mereka itu dan pihak kita juga sedang berusaha untuk mengatasinya dengan kadar yang seberapa segera," ujarnya.

Katanya lagi, beliau menasihatkan semua pihak agar jangan mengamalkan sikap cepat melenting tidak berpasal kerana itu tidak membawa kepada kebaikan tetapi berbincanglah dengan sebaiknya jika terdapat perkara yang kurang memuaskan ataupun jika menghadapi sebarang masalah.
Keseluruhan proses pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak Ke – 10 telah pun tamat dan keputusan juga telah di ketahui. Pengundi di Sarawak secara majoritinya telah memilih siapa yang harus menerajui kepimpinan Negeri Bumi Kenyalang. Rata-rata mereka telah menolak agenda parti pembangkang yang memainkan isu rasis dan politik kebencian. Rakyat Sarawak lebih arif dan tahu apa yang mereka mahukan.
Kita seharusnya menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dan janganlah kita menuduh mereka yang bukan-bukan seperti seorang pemimpin pembangkang yang masih menyatakan yang Barisan Nasional hanya boleh “memperbodohkan” rakyat yang “bercawat”. Disini menunjukkan bagaimana pemikiran pemimpin pembangkang apabila kekalahan berada di pihak mereka.
Seharusnya kita sedar dan akur walaubagaimana status seseorang itu, mereka adalah seperti kita juga iaitu mempunyai hak dan undi untuk sesiapa yang mereka mahukan. Nampaknya pemimpin pembangkang secara terus menuduh rakyat yang berada jauh di pedalaman diperbodohkan oleh Barisan Nasional. Sedarkah kita ada diantara mereka ini ada yang lebih baik, maju dan dari segi pemikiran dari yang berada di kawasan bandar termasuk pemimpin pembangkang tersebut.
Kepimpinan Pakatan Rakyat telah tersalah percaturan apabila cuba memainkan isu-isu perkauman, rasis, politik kebencian dan bermacam lagi dimana ianya telah di tolak oleh rakyat manakala Barisan Nasional lebih kepada agenda pembangunan yang bakal di nikmati oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan Agama dan mereka telah pun membuat pilihan.
Diharapkan dengan Keputusan Rakyat Sarawak ini kita dapat meneruskan agenda pembangunan seterusnya memacu Bumi Kenyalang ke tahap yang lebih membanggakan.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY