'/>


KUALA LUMPUR, 2 Dis : Seorang wanita warga emas mati ditikam lima kali oleh seorang lelaki di Jalan Udang Kertas, Taman Sri Segambut, di sini Khamis malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Othman Abu Bakar, berkata dalam kejadian pada 9.15 malam itu, Lim Kai Lian, 62, baru pulang dari kelas menari sebelum ditikam di perkarangan rumahnya.

"Bila mangsa masuk ke perkarangan rumah, beliau terus ditarik dan ditikam sebanyak lima kali oleh suspek yang memakai helmet gelap serta topeng muka," katanya kepada pemberita hari ini.

Lim, yang ditikam di bahagian belakang badan, mati di tempat kejadian.

Tiada sebarang senjata ditemui di kawasan berkenaan.
sumber:bernama

SEKADAR HIASAN



KUCHING: Suami durjana, mungkin gelaran paling sesuai untuk seorang suami yang tanpa belas kasihan menumbuk isterinya berkali-kali hingga mangsa dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) gara-gara menolak melayan nafsu serakahnya di dalam kereta.
Insiden berlaku sekitar jam 3 pagi kelmarin di luar sebuah kelab malam di kawasan Petanak apabila pasa-  ngan tersebut memasuki kereta selepas meninggalkan pusat hiburan tersebut.
Pengawal yang menjaga kawasan luar kelab malam terbabit yang me-nyaksikan si suami menumbuk isteri-nya bertubi-tubi, bergegas menyelamatkan wanita malang itu.

Mangsa kemudian di hantar ke HUS untuk mendapatkan rawatan.
Namun, insiden tidak berakhir di situ apabila si suami mengekori dan melemparkan kata-kata kesat selain menampar wanita berkenaan di bilik menunggu hospital.
Pihak polis yang berpangkalan di hospital berjaya menghalang si   suami terus bertindak ganas tatkala isterinya dirawat akibat luka-luka di muka.

Sumber memberitahu, si suami yang mabuk naik berang kerana isterinya menolak ajakan melakukan hubungan seks di dalam kereta sejurus keluar dari kelab terbabit.
Dalam kejadian berasingan, satu pasangan muda mengalami kecederaan di badan selepas diserang ketika ingin mengelak pergaduhan beramai-ramai di sebuah pusat hiburan di Siol Kandis, awal pagi kelmarin.
Kedua-dua mereka yang berusia 28 tahun sedang bersama di dalam premis berkenaan ketika pergaduhan melibatkan beberapa kumpulan tercetus sekitar jam 3 pagi.

Disebabkan bimbang akan keselamatan diri, mereka cuba keluar melalui pintu hadapan namun disekat oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menuduh mereka punca pergaduhan sebelum dibaling dengan botol kaca.
Pasangan terbabit yang berjaya melarikan diri kemudian bergegas ke HUS untuk mendapatkan rawatan.



SUMBER:www.theborneopost.com
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY