'/>


 Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin di rumah keluarga berkenaan di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, dekat sini, lelaki terbabit yang berusia 40-an sebelum itu menyerang adik iparnya dengan parang.

Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 32 tahun bernasib baik kerana hanya cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.

Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.

“Perbuatan ganas suspek menyebabkan adik iparnya yang tinggal berhampiran hilang sabar lalu menegur sikap buruknya itu. Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi suspek hingga mencetuskan pergaduhan,” katanya.

sumber:http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/04/pijak-anak-sampai-mati.html



artikel kali ini yang saya akan membawa keinsafan dalam diri saya serta kepada semua pembaca.ketika saya melihat video ini,saya sedih melihat anak-anak melayu yang terlibat gejala seperti ini.apa pun kepada pembaca pakatan haram,tolong jangan salahkan UMNO.ini bukan masa nya anda nak salah kan sesiapa.ini adalah salah diri sendiri.sekiranya kalau kita adalah tekanan dengan masalah,adakah ini yang kita buat ??? memang benar apa yang di kata kan oleh Datuk Dr Hasan Ali.di malaysia bahkan di seluruh dunia kita menghadapi masalah akidah.akidah tu tak semestinya murtad sahaja,tapi masalah sosial yang melanda seperti minum arak,masalah dadah dan sebagainya.Alhamdulillah,selama saya hidup di muka bumi ini,saya tak pernah sentuh benda-benda ini.



KEPADA PEMBACA !!!

BAGI TAHU KAWAN ANDA YANG MENGHADAPI SEMUA INI !!!

HENTIKAN SEMUA INI !!!

KALAU ADA TEKANAN BERDOA KEPADA ALLAH !!!

HANYA ALLAH SAHAJA YANG BOLEH BANTU !!!

JANGAN IKUT NAFSU !!!

SYAITAN BERADA DI MANA SAHAJA !!!

UNTUK MELEMAHKAN AKAL KITA !!!

RENUNG-RENUNGKAN
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY