Lim Kit Siang secara sinis bertanya, apakah pemimpin-pemimpin BN akan sanggup berhadapan dengan kebangkitan rakyat seperti yang berlaku di Mesir. Tanyanya lagi apakah para pemimpin BN sudah bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya kebangkitan seperti di Medan Tahrir berlaku di Malaysia.
Pertanyaan daripada Kit Siang itu sememangnya boleh diduga. DAP dan Pakatan Rakyat sentiasa mencerminkan mereka adalah kelompok yang tidak mengamalkan rasuah dan amat membenci rasuah. Mereka selagi boleh akan menunjukkan kepada rakyat bahawa yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa adalah BN semata-mata, sedangkan para pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah Nik Abdul Aziz, Guan Eng dan Khalid Ibrahim bersih sesuci embun!
Hakikatnya, baru tiga tahun mentadbir, terdapat banyak penyelewengan dan penyalahgunaan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, oleh kerana struktur utama DAP dan Pakatan Rakyat adalah peguam-peguam yang sangat hebat memanipulasikan undang-undang, maka tindakan mereka kelihatan sangat selari dengan undang-undang.
Namun persoalan yang masih tidak dijawab sehingga kini, kalau benarlah seperti yang diinginkan oleh Kit Siang, adakah dia sendiri mahu bertanggungjawab dengan tragedi yang tercetus pada 13 Mei? Mampukah dia berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati di khalayak ramai kerana pembabitannya dalam tragedi yang mengorbankan lebih 7000 orang awam di Kuala Lumpur pada 1969? Mampukah dia bertanggungjawab dengan kematian seorang pekerja UMNO yang baru pulang bernama Mohd Yusof dan diserang di tengah-tengah jalan beberapa hari sebelum 13 Mei di Pulau Pinang dengan mayatnya disimbah cat merah dan ditulis dengan tulisan Cina yang bermaksud Melayu Mati?
Tragedi 13 Mei 1969 cuba dipindahkan oleh Lim Kit Siang dan para pemimpin pembangkang ke bahu UMNO kerana kononnya UMNO telah kalah teruk sekaligus menyebabkan UMNO ingin merampas semula kerusi yang mereka kalah. Hakikatnya, tragedi tersebut sudah mulai dicetuskan pada kempen atau rapat umum yang sehingga hari ini diharamkan dengan membangkitkan banyak perkara sensitif termasuklah isu Bahasa Kebangsaan, isu agama Islam, isu raja-raja Melayu dan isu hak keistimewaan orang Melayu.
Kempen yang turut membabitkan beberapa pemimpin dari kalangan MCA dan MIC itu selain melibatkan agen-agen Parti Komunis Malaya, akhirnya mencetuskan rusuhan apabila para penyokong DAP dan GERAKAN berarak sambil mengejek-ngejek orang Melayu yang mereka temui sepanjang jalan. Malah sikap kurang ajar puak yang berarak sehingga masuk ke Kampung Bharu di tengah-tengah Kuala Lumpur akhirnya berjaya mencetuskan rusuhan yang memakan korban yang bukan sedikit.
Mampukah Kit Siang berhadapan dengan hukuman yang berjaya dielakkan selama berpuluh-puluh tahun itu? Atau Kit Siang akan terus berbohong dengan bantuan konco-konconya menerusi fakta sejarah yang cuba dipesongkan seperti yang dibuat sekarang? Apatah lagi kebanyakan mereka yang terlibat secara langsung pada 13 Mei 1969, kebanyakannya sudah tiada, manakala buku-buku sejarah pula agak kurang menceritakan peristiwa tersebut atas alasan keharmonian kaum?
Bagaimana pula dengan penyelewengan peruntukan atau peruntukan yang tidak sampai kepada rakyat seperti yang berlaku di Kelantan? 1999, Kelantan menerima peruntukan RM600 juta untuk projek bekalan air bersih tetapi sehingga sekarang, projek berkenaan hanya bersih sedangkan airnya tetap berkeladak? Bagaimana pula dengan Guan Eng dan Teresa Kok yang begitu seronok melancong ke luar negara dengan alasan mencari pelaburan tetapi pelaburan baru yang masuk 99.9999% adalah usaha MITI dan MIDA?
Bagaimana pula dengan rampasan tanah-tanah wakaf yang kononnya hendak dibangunkan tetapi bukan untuk umat Islam, sebaliknya hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf adalah untuk orang bukan Islam, termasuklah bukan warga Malaysia kalau berdasarkan harganya?
Orang politik seperti Kit Siang tidak perlulah bersembang tentang rasuah dan salahguna kuasa. Kit Siang sendiri tidak pernah melepaskan peluang untuk menggunakan kad pengenalan wakil rakyatnya untuk membuat urusan di bank mahupun di lapangan terbang!
Jadahnya nak bersembang tentang ketelusan dan keadilan?
Dan kalau benarlah kebangkitan seperti di Tahrir Square berlaku di Malaysia, rasa-rasanya pupus habislah orang politik di negara ini tak kiralah dari parti mana pun mereka menjadi pemimpinnya!!!!
sumber:the flying kick