'/>

Inilah yang dikatakan suara kolektif, kebertanggungjawaban, kesungguhan dan kerjasama jitu wakil rakyat kawasan pesisir yang ingin melihat pembangunan infrastruktur berlaku di kawasan luar bandar. 

Mereka mohon kerajaan memperuntukkan jumlah yang lebih besar supaya kerja-kerja pembinaan dan pembangunan dapat dilakukan secepat mungkin untuk merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar. 

Semoga gandingan kerjasama dan kelantangan suara terdiri dari wakil rakyat pesisir pantai ini akan menghasilkan satu perubahan drastik pembangunan infrastruktur untuk rakyat.

Pembangunan Sebatian Anti-HIV Pokok Bintangor Memberansangkan -Annuar

Pembangunan sebatian anti-HIV daripada pokok Bintangor yang dikenalpasti sebagai Calanolide A telah menunjukkan hasil ujian klinikal yang begitu memberangsangkan.

Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi, Dr. Anuar Rapaee (ADUN Nangka-BN) berkata, ketika ini beberapa kajian pra-klinikal telah pun dijalankan disamping meningkatkan produk klinikal serta memfailkan produk paten.

"Fasa 1a dan 1b ujian klinikal menggunakan produk tersebut yang telah ditambah baik berjaya dijalankan di Kuching dan Pulau Pinang," kata Annuar sambil menambah, susulan hasil yang meyakinkan itu, satu kertas kerja sedang dibuat untuk memaklumkan perkembangan dan memohon dana kepada Kabinet Negeri untuk melantik konsultan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Hazland Abang Hipni (ADUN Demak Laut-BN) mengenai status sebatian anti-HIV dari pokok Bintangor di Persidangan DUN Sarawak sebentar tadi.

The proposed re-alignment of road at KM6,Jalan Kelupu,Bintangor had been approved under the 11MP with a project ceiling of RM8 milion.
Land acquisition for the project is expected to be carried out in 2017 and the physical works to commence in early 2018.

Memorandum diserahkan oleh Wakil Orang Asal Sarawak,Mujan Jok kepada Menteri Kebajikan ,Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah.
Memorandum ini merupakan desakan agar isu hak kewarganegaraan dan proses pemberian sijil lahir serta kad pengenalan.Menurut mujan selama ini mereka menghadapi masalah mendapat sijil lahir serta kad pengenalan.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY