'/>

Julau: Minta pihak berwajib terutamanya KPM untuk mengambil perhatian tentang bencana yang melanda SK Nanga Kota, Julau. Semua jalan menuju ke sekolah telah terputus akibat tanah runtuh dan air pasang besar.

Semenjak hari isnin, belum ada bantuan yg sampai ke sekolah. Resyen murid asrama semakin berkurangan. Begitu juga dengan minyak untuk genset. Malam isnin lepas (27 Feb), prasekolah juga telah tergelam akibat banjir.

Syukur bangunan yg lain berada di atas bukit dan tidak terjejas. Pihak sekolah terutamanya guru2 dan akp serta penduduk kampung turut berusaha untuk mencangkul tanah yg runtuh bagi membuka laluan jalan. Namun, terlalu banyak kawasan jalan yg terputus akibat tanah runtuh.

Foto by masjue masjuwita

Telang Usan:Misi menghantar bekalan makanan kpd mangsa banjir di Long Sobeng hari tok oleh YB Dennis & JKM.
Walaubagaimana pun, disebabkan cuaca buruk misi terpaksa dibatalkan.
YB Dennis akan memastikan bekalan dihantar awal pagi esok.

Foto by inik dom

Bintangor:USAHA MURNI ... Seorang anggota trafik wanita sempat dirakam ketika  membantu warga emas melintas jalan pada waktu puncak di Bintangor.




Sarikei:Lawatan ke kawasan banjir di Bayong, Sarikei. Jawatankuasa keselamatan Dan  Penyelamat Banjir Telah ditubuhkan yang diketuai oleh DO Sarikei . 访泗里街巴洋受水灾影响地区。以泗县官为首的救灾工作队已成立协助救灾工作。
Foto by :FB ung woo teng


Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia menyambut baik komitmen kerajaan Arab Saudi meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di negara itu tahun depan.

Bintangor..seramai 288 peserta menerima   baucer BR1M.

BANGI: Penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dan kewujudan 343,000 kanak-kanak tidak sah taraf, tahun lalu adalah antara contoh keruntuhan sosial masyarakat yang perlu diberi perhatian serius.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keruntuhan sosial berada pada tahap yang perlu diberikan 'kepedulian yang mendalam' iaitu semua pihak perlu komited untuk mengambil tahu dan berusaha menanganinya.

"Sebagai contoh, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri mendapati pengedar dadah sedang berusaha untuk mewujudkan permintaan terhadap bahan terlarang ini.

"Dapatan kajian terbaru mendapati umur paling rendah yang menyalahgunakan dadah adalah tujuh tahun....ini kerana mereka meletakkan bahan narkotik dalam gula-gula, makanan.

"Kajian terbaharu juga menunjukkan, dalam kalangan negara ASEAN, makanan seperti roti dan makanan lain diletakkan bahan ini.

Mengulas mengenai anak tidak sah taraf, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri mengesahkan jumlah kanak-kanak itu merangkumi anak kepada pasangan suami isteri yang tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.

Katanya, tindakan itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak boleh menjadi warga negara.

"Kesan jangka panjang menyebabkan berlaku kezaliman kepada anak-anak ini.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY