'/>
Seorang lelaki terse­lamat daripada serangan kejam oleh tujuh lelaki di tanah perkuburan di sini Selasa lalu dalam

 kejadian yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes pem­bunuhan ahli perniagaan di Bintangor.

Mangsa dikenali sebagai Tie, 44, mengalami keced­eraan di bahagian tubuh badan, kedua-dua belah kaki, tangan 

kanan patah dan kecederaan di bahagian lutut dan hidung patah dalam serangan itu.

Tie terlibat dalam aktiviti pembalakan dan difahamkan ahli geng ‘Paradom’ pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat pada 2009.

Dalam kejadian itu, Tie dikatakan berada di kedia­mannya di Jalan Berjaya di sini bersama isterinya, 39, jam 6.30 petang.

Tujuh lelaki itu kemudian membawa mangsa ke tanah perkuburan di Bukit Aup dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Mereka percaya Tie dika­takan berkaitan dengan kes pembunuhan Lau Sii Ang, 43, yang terlibat dengan perniagaan

SEKADAR HIASAN
 pembalakan di Limbang.

Lau, difahamkan bekas anggota geng ‘Lo Han’ dibunuh di sebuah kedai kopi di Bintangor pada 9 Februari lalu.

Setibanya di tanah perkuburan, Tie yang di­tutup matanya dibawa ke­luar dari kenderaan dan dipukul oleh tujuh lelaki 

dengan menggunakan ba­tang kayu.

Mangsa juga dipaksa mengangkat sumpah jika dia tidak melakukan pem­bunuhan ke atas Lau.

Mangsa kemudian di­hantar ke Persiaran Brooke dan ditinggalkan di tepi jalan berdekatan dengan pusat perubatan swasta.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami keced­eraan dibawa ke pusat perubatan swasta dan di­laporkan berada dalam keadaan stabil.

Isteri mangsa kemudian membuat laporan polis un­tuk tindakan selanjutnya.

Bertindak atas laporan, polis berjaya menahan beberapa individu bagi membantu siasatan dan Tie mengenal pasti 

tiga lelaki yang dikatakan meny­erangnya.

Berhubung kes pem­bunuhan Lau, polis Bin­tangor turut mendapatkan bantuan polis Sibu bagi mengesan pembunuh.


Read more


artikel berkaitan

SASPEK KES BUNUH DI BINTANGOR DITAHAN


alt
 
PETALING JAYA 15 Feb - Bekas pemimpin UMNO dan PKR Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang menjadikannya calon ke-8 yang berentap bagi menawan undi penduduk kawasan tersebut.
 
Menurut Zaid, keputusan tersebut adalah berikutan isterinya Datin Suliana Samsuddin Alias membenarkannya untuk bertanding sebagai hadiah Hari Valentine.
 
"Suliana kata ya untuk (bertanding) di Kajang - hadiah Valentinenya," katanya dalam posting di twitter beliau, semalam.
 
Jelas Zaid, Suliana pada awalnya tidak membenarkan beliau bertanding atau kembali ke arena politik ekoran banyak kritikan peribadi tidak sihat dilemparkan kepadanya.
 
"Saya kata kepada mereka, selagi mana saya menjadi pengkritik politik selagi itu saya akan dikritik dan dihina. Namun tidak akan ada demokrasi atau kebebasan dalam negara sekiranya semua orang kekal berdiam diri kerana takut dikritik," katanya lagi.
 
Selain Zaid, bekas pembantu peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktesh Vijay turut mengumumkan untuk bertanding selain penyanyi veteran Herman Tino yang akan menentang Ketua Pemabangkang dan calon MCA dari Barisan Nasional (BN) pada 23 Mac ini.sumber
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY