'/>

Syarikat Gergasi Malaysia merekodkan jumlah keuntungan yang besar berbanding keuntungan syarikat mereka sebelum ini. Siapa yang tidak kenal dengan syarikat Petroliam Nasional Berhad(Petronas) yang sinonim dengan pengeluaran minyak dan gas negara.
 
Keuntungan RM63 billion yang telah direkodkan satu catatan peningkatan keuntungan sebanyak 38.5 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011 berbanding RM 45.5 billion sebelum ini adalah yang terbesar setelah dibantu dengan peningkatan harga minyak semasa dunia,peningkatan penjualan produknya dan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Pertronas kena mengakui bahawa dasar kerajaan menstabilkan ekonomi dan keselamatan negara telah memberi satu keuntungan berpanjangan kepada perniagaan mereka. Jika petronas diminta untuk membantu kerajaan bagi tujuan rakyat adalah menjadi kewajipan petronas berbuat demikian.
Umumnya mengetahui bahawa pengumuman kerajaan untuk tidak menaikkan harga minyak ron 95 baru-baru ini dijangka bersifat sementara, kerana pada asasnya kerajaan tidak selamanya menanggung sejumlah subsidi yang besar dari RM8 billion kepada RM 18 billion setiap kali ada kenaikan harga minyak dunia. 

Perubahan kepada harga minyak semasa dunia membuatkan kerajaan sering pening kepala untuk mempertahankan kenaikan minyak yang khuatir pasti membebankan rakyat atau kerajaan terpaksa menanggung sejumlah subsidi yang besar setiap kali ada kenaikan harga sudah pasti kegunaan subsidi minyak boleh digunakan kepada plan pembangunan kerajaan yang lain ,sebagai contoh meningkatkan kemudahan infra-infra jalan dan sebagainya.

Apalah salah sekiranya Petronas membantu kami rakyat jelata dengan berkongsi keuntungan dalam bentuk memberi pengekalan apungan harga minyak ron 95 kekal tanpa sebarang kenaikan yang sudah pasti meringgankan bebanan rakyat. Rakyat secara tidak langsung akan menghargai plan tindakan petronas membantu kerajaan untuk sama-sama menanggung masalah rakyat dalam mengatasi masalah secara bersama.

Sudah pasti PM Najib akan dilihat sebagai Perdana Menteri yang sinonim rakyat serta menjaga kebajikan rakyat secara bersama sekiranya Petronas memberi bantuan kewangan kepada kerajaan bagi mengekalkan harga minyak rakyat untuk tempoh waktu yang panjang. PM Najib akan dilihat rakyat sebagai ikon pemimpin berjiwa rakyat yang sudah pasti memberi kesan baik dalam PRU 13 yang menjelang tidak lama lagi.

PETRONAS kena bantu kerajaan!! sudah pasti kerajaan akan bantu kami!! Dan anggaplah keuntungan Petronas adalah keuntungan bersama rakyat juga. Bila lagi nak jalankan tanggungjawab ‘koperat sosial’ yang besar kepada rakyat. Tak begitu!!!
sumber:pksj



Belum sempat panas punggung jadi Timbalan Presiden Mat Sabu atau nama manja Abe Mat sudah pun digemparkan dengan video seks.

Adakah ini taktik membalas dendam kesumat Anwar yang geram digelar AlJuburi ?

Mungkin ini cara terbaik menghalang Mat Sabu dari menjadi bakal PM jika Pakatan berjaya menempah tempat ke Putrajaya.

Yang lawaknya :BN dituduh edar skandal seks Mat Sabu. 

Selepas kita semua tahu kes video seks Anwar juga dituduh ke atas kepala UMNO.

Selepas ini sesiapa yang buat maksiat nampaknya boleh join Pakatan kerana segala dosa akan ditolak ke atas bahu BN.

Wali Selipar kan ada hapus dosa ...
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY