'/>

Perjuangan YAB Ketua Menteri Sarawak adalah berdasarkan kemahuan dan kepentingan rakyat Sarawak. Ianya juga berlandaskan kepada penyelidikan, lunas perlembagaan, perundangan Malaysia dan di atas semangat di sebalik pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia (MA63)

YAB Perdana Menteri juga bersetuju untuk melihat perkara ini dan bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa bersama bagi membincangkan lebih lanjut berhubung perkara ini. Ini adalah perkembangan yang positif dan kita menyambut baik saranan oleh YAB Perdana Menteri supaya perkara ini dibawa ke meja rundingan.

Sebagai rakyat Malaysia pribumi Sabah, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pendikar Amin Mulia ada hak untuk mengemukakan pandangan peribadi beliau, akan tetapi beliau tidak ada keperluan utk menilai dan mengajar rakyat Sarawak, apa lagi mencabar YAB Ketua Menteri Sarawak untuk bedebat mengenai MA63. Tambahan lagi beliau bukanlah individu yang ditauliahkan atau dberi mandat oleh YAB Perdana Menteri untuk menyelesaikan perkara ini.

Pemuda Barisan Nasional (BN) dan seluruh rakyat Sarawak mempunyai pandangan yang sama dengan YAB Ketua Menteri Sarawak kami dan sentiasa menyokong penuh usaha beliau dalam rundingan untuk mengembalikan hak Sarawak seperti termaktub dalam semangat pembentukan Malaysia melalui MA63.

Kami percaya atas semangat Barisan Nasional perkara ini akan dapat diselesaikan bersama secara permuafakatan oleh kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak dengan YAB Perdana Menteri.

- Kenyataan Media Dato’ Sri Fadillah Yusof, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak merangkap Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) - 1 Dec 2017

#TeamAbgJo #iamSarawakian

Sdr.Fadillah,
tak payah sibuk2 pasal rumahtangga org lain. Rumahtangga awak sendiri dlm "Pakatan Harapan" satu Malaysia pun tahu memang tunggang langgang dan awak sendiri pun blurrr. Kenapa bantu 3 buah kpg sahaja? DUN N42 Semop ada hampir 20 Kpg dan 50 Rmh Pjg. Awak tidak mahu tolong kaum Dayak ka? Awak rasis ka?
Seperkara lagi ialah, awak tahu ka kenapa jalan semen depan motosikal awak itu rosak?
Cuba chek dgn Pejabat Daerah, jgn main tembak tanpa dpt maklumat yg betul. Dgr cerita awak ni alim sikit, so jgn buat fitnah atau berburuk-sangka, Tuhan tidak suka org perangai mcm itu dan berdosa tau.
Tiap2 tahun ada peruntukan utk baiki jalan semen itu samada dr YB ADUN atau YB MP, tapi Contractor2 yg di pilih melalui proses Cabut Undi tidak buat kerja ikut spec dan buat kerja cincai.
Cuba awak chek siapa contractor2 itu? Kami semua di kpg sana memang tidak Contractor2 ini kerna mereka memang tidak bertggjawab. Kebanyakan mereka adalah Penyokong2 tegar Amanah iaitu org2 yg melayan dan menyambut awak di 3 buah kpg itu. Mereka kecewa dan marah kerna YB ADUN dan MP slalu kritik mereka dan kurang mendpt "kantau" dr kedua-dua wakil rakyat ini. Sebab itu mereka cari jalan utk jatuhkan Wakil Rakyat BN ini dgn bertengek dgn awak.
Tanya mereka dan suruh mereka jwb dgn sejujur-jujurnya, apa sebenarnya perjuangan Politik penyokong2 awak di sana?
Kalau mereka kata tujuan mereka ialah utk mempastikan Wakil Rakyat buat kerja atau chek and balance, tanya mereka betul ka Wakil Rakyat tidak buat kerja atau mereka marah sebab susah "Cari Makan" atau "Kautim" dgn Wakil Rakyat yg tegas dan tidak mahu Peruntukan Kerajaan bocor atau diurus dgn bazir dan cuai.
Sdr.Fadillah,
cukup sampai di sini saja crita kali ini. Ini baru siri pertama. Selepas ini nanti, kami akan dedahkan satu persatu perangai buruk penyokong2 setia awak di sana. Harap awak bersabar. Tunggu siaran selanjutnya.

Bintangor:Majlis Maulidur Rasul 2017 Peringkat Daerah Meradong ,Bertempat di Masjid Darul Takwa Bintangor.Tema Sambutan kali tok..Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara.Rasul adalah Pemimpin Umat Islam yang tiada tolak tandingnya.Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya.

KUCHING: Cabaran terbuka hari ini oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membahaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg adalah aneh dan mengejutkan, kata Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdullah Saidol .

Abdullah, yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Korporat, berkata bagi pihak rakyat Sarawak, dia akan berani menyatakan bahawa mereka menentang dan merasa tersinggung dengan kenyataan seperti yang dibuat oleh Pandikar yang nampaknya tidak menghormati kedudukan Abang Johari sebagai ketua menteri negeri.

"Pandikar tidak sepatutnya terlalu cepat untuk membuat andaian cetek seolah-olah kita di Sarawak adalah bodoh dan cuai dalam pengetahuan dan penyelidikan kami di MA63. Kesimpulan yang saya dapat buat daripada semua ini, ialah Pandikar datang dengan pernyataan sedemikian untuk memastikan hidup politiknya sendiri.

"Dan, ini menunjukkan bahawa pendiriannya, saya akan mengandaikan, sebagai secara tidak bermoral dan tidak selamat," kata Abdullah.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY