'/>

Ringkasan ucapan Perbahasan  Bajet 2016 YB IR Aidel Bin Lariwoo (N.20 -Sadong Jaya) 


Saya ingin menyentuh mengenai Felcra Bhd.Objektif utama penubuhan FELCRA adalah untuk mengurangkan masalah kemiskinan serta jurang pendapatan antara Masyarakat desa Dan Bandar.Dalam konteks ini,Felcra berperanan untuk mewujudkan skim Pembangunan tanah -tanah pertanian di Kawasan luar Bandar ,memberi latihan Dan kemahiran kepada Masyarakat desa serta memperkenalkan sistem pemberian saham kepada golongan ini yang mana pada kadarnya bergantung kepada keluasan tanah-tanah yang dimiliki Oleh peserta.
Namun seperti indah khabar dari rupa.Banyak keluhan bahkan bukti daripada peserta -peserta Felcra dari kawasan berkenaan dengan bayaran dividen Dan bonus yang terlalu rendah dan tidak berpadanan dengan keluasan tanah yang mereka miliki.Malah ada yang mendakwa Pembangunan kadang yang sudah matang yang berusia sekitar 7 hingga 8 tahun hanya dibayar dividen Dan bonus beberapa ratus ringgit sahaja Oleh FELCRA.
inin jelas tidak munasabah Dan tidak masuk akal sama sekali.Keadaan ini jelas menjejaskan matlamat Kerajaan untuk membantu membangunkan Ekonomi penduduk luar Bandar.Felcra telah gagal untuk mencapai matlamat Dan Objektif yang telah ditetapkan walaupun Hampir 5 dekad penubuhan FELCRA.
YB IR.Aidel  mengusulkan agar Kerajaan Negeri  mengambil pendekatan yang drastik seperti menyebabkan kembali ladang-ladang /kebun -kebun sawit kepada peserta untuk diusahakan sendiri agar mereka akan Dapat pulangan terus daripada hasil ladang tersebut .Jika tidak keterlaluan jika saya Dapat mencadangkan disini agar operasi FELCRA diambil alih Oleh agensi -agensi Kerajaan negeri.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY