Bintangor:Program Safari Ramadan YB Safiee Ahmad Adun Daro di Kampung Lebaan ,Bintangor.
Related Pots
KUCHING: Sehingga jam 4 petang tadi, Polis Diraja Malaysia telah menerima 12 laporan berkaitan muat naik status facebook berkaitan PapaGomo, yang dikatakan mengandungi unsur hasutan di seluruh negeri Sarawak.
Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya menerima tiga laporan di Bintulu, dua laporan di Kota Samarahan, dua laporan di Santubong dan masing-masing satu laporan di Lundu, Sibu, Batu Kawa, Belaga dan Bintangor.
Laporan dibuat setelah blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Derus menerusi akaun facebook dengan nama Sir Azri membuat kenyataan berbaur hasutan, rentetan pertikaian pendapat di antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Related Pots
Satu laporan polis dibuat oleh Pihak Pemuda PBB Meradong dibalai Polis Bintangor berhubung Kenyataan blogger Sir Azri yang menghasut serta menghina pemimpin Negeri Sarawak.Menurut Naib Ketua Pemuda PBB N46 Meradong Saudara Jakeri Haji Form kenyataan jelik dan menghasut ini perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Related Pots
KUCHING: “Saya tidak salahkan mereka! Saya telah periksa situasi yang menyebabkan usul ini diluluskan tanpa bangkangan,” kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berhubung 25 ahli parlimen negeri ini yang gagal membangkang usul berkenaan.
Jelasnya, Rang Undang-undang berkenaan dibentangkan di Parlimen sekitar jam 4 pagi, yang terakhir daripada tujuh atau lapan rang undang-undang lain sebelum itu.
“Waktu itu adalah untuk masa orang tidur. Kenapa dibuat pada waktu yang sangat terdesak.”
“Itu hanya Parlimen yang dapat menjawab,” jelasnya.
Menurutnya, berdasarkan situasi itu, beliau tidak berhasrat menyalahkan mana-mana ahli Parlimen dari negeri Sarawak dan juga menteri dari Sarawak, kerana tidak terlibat dalam perbahasan.
“Itu adalah masa untuk orang tidur. Siapa mahu berbahas pada jam 2 pagi?
Katanya, ketika perbahasan berlangsung, kebanyakan ahli parlimen yang berada di Parlimen ketika itu tidur.
“Mereka tidur di merata-rata tempat termasuk atas kerusi dan bilik BNBBC.
“Kerana itu saya berpandangan prosedur legislatur kita itu perlu diperhalusi agar tidak mendatangkan kesulitan.
“Apabila perbahasan berlaku, ia harus ada ruang batas kerana badan manusia hanya dapat sampai ke satu tahap.
Katanya, perlu ada waktu rehat yang secukupnya sebelum terlibat dalam perbahasan yang bernas.
“Kecuali pembentangan itu ada agenda lain yang tersembunyi,” usiknya lagi. – Sarawakvoice