Bintangor:YB Encik Abdullah Saidol ADUN N 36 SEMOP turun padang melawat kawasan di N40 Meradong.Dalam perjumpaab tersebut beliau sempat berjumpa dengan Pegawai Daerah Meradong berbincang tentang projek pembangunan yang akan dibuat di kawasan kampung Bintangor.
Antara projek yang akan dibuat seperti naiktaraf jambatan dan sebagainya.Antara yang turut serta dalam perbincangan ini adalah Pemangku ketua Pemuda PBB N40 Meradong Encik Helmi Morsili dan Encik Kelana.
Related Pots
Senator Mohamad Yusuf bin Hussin khabarnya sudah tidak senang duduk di Memali. Khabarnya, bukan setakat peluh jantan, peluh betina dan peluh Danuk pun dah mengalir sampai ke lutut. Sebabnya, hanya kerana laman rumahnya, dia bakal bersoal jawab dengan SPRM - sebuah ENTITI yang sangat ditakuti di Malaysia sekarang kerana KUASANYA yang SANGAT MELUAS!!!
Yusuf Hussin adalah Setiausaha PAS Kawasan Baling dan Setiausaha Jawatankuasa Tadbir Madrasah Al-Islahiah Diniah, madrasah yang didirikan oleh Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya yang terpedaya dengan 'akidah' Negara Islam dan akhirnya maut ditembak penguatkuasa undang-undang.
Kita tidak berminat bercerita tentang Ibrahim Mahmud sama ada dia syahid, orang yang dikelirukan mahupun apa-apa kaitan pun sebab dia sudah meninggal dunia. Dan sewajarnya, sebarang salah silapnya, kita maafkan dan redha dengan ketentuan-Nya selain memohon rahmat dan belas kasihan Allah Taala ke atas rohnya.
Namun Yusuf Hussin masih hidup. Yusuf Hussin masih lagi pandai bercakap. Yusuf Hussin juga masih lagi bijak menempatkan diri terutama dengan imejnya selaku 'Mujahid Memali'.
Selepas Kedah diambilalih oleh PAS menerusi Pilihanraya Umum Ke-12, Yusuf Hussin yang sebelum ini makan dari hasil aktiviti parti, kini sudah pun bertukar warna dan belang. Sahabat BLOGGER SUNGGUHKA dan DULU KINI DAN SELAMANYA selain KEDAHSENGET, mempunyai butiran yang sangat mengujakan.
Daripada laporan-laporan yang diberikan, ternyata, Yusuf Hussin wajar disyaki terutama dalam penyelewengan dan penyalahgunaan jawatan serta harta kerajaan. Hanya untuk memperlihatkan halaman rumahnya yang cantik, Yusuf Hussin menyalahgunakan kedudukannya dalam BINAK.
Kisah yang paling menarik tentang Yusuf Hussin adalah tentang penyelewengan duit Tabung Memali yang sehingga kini masih belum dapat diselesaikan. Penggunaan jentera-jentera berat BINAK hanya untuk meratakan dan mencantikkan halaman rumahnya, pasti akan menimbulkan satu tandatanya khususnya kepada penduduk Kampung Cherok Putih.
UMNO Kedah khabarnya akan mengadakan program di Kampung Cherok Putih esok. Tapi seperti biasalah, UMNO Kedah ini lebih berminat untuk menambah ahli parti, bukannya berminat untuk membuatkan rakyat Kedah mengundi UMNO tanpa perlu menjadi ahli parti.
Ramai khabarnya orang kuat UMNO Kedah yang akan turun. Anehnya, Ketua Bahagian Baling, Aziz Rempit tak pula terlibat!
Bagaimanapun, maklumat dari Tingkat 6 Bangunan UMNO Kedah, Alor Star, mengatakan program tersebut telah dibatalkan pada saat-saat akhir! Alasannya, tidak ada pihak yang berani keluar ke hadapan untuk menjungkang-jangkitkan isu Yusuf Hussin di hadapan rumahnya sendiri!!!
Menariknya, cerita yang sampai juga, sebenarnya yang buat program tersebut adalah orang kampung Cherok Putih sendiri... atau lebih tepat lagi ORANG PAS... cuma mereka tidak cukup berani untuk tampil memandangkan PAS adalah pihak berkuasa di Kedah.
sumber:the flying kick