'/>
klik sini
Ramai yang terkejut dengan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),Ahmad Raffli Abdul Malik yang dilaporkan maut ditembak oleh seorang lelaki kelmarin.Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Paling memeranjatkan ialah,ada yang mengatakan pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan penguatkuasa JAIP yang sebelum ini dilihat begitu aktif cuba membanteras perkembangan ajaran sesat Syiah di negeri itu.

Menurut sumber polis,tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.Suspek juga dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam dan berkopiah. 

Analisa awal mengatakan berdasarkan warna pakaian yang digunakan,ada asas untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan ajaran sesat Syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini.

Malah usaha proaktif yang dijalankan mangsa terhadap ajaran sesat Syiah,juga dikatakan sebagai punca utama menyebabkan kemarahan pengikut fahaman tersebut yang akhirnya menyebabkan mereka cuba mengambil pendekatan mudah dengan membunuhnya.

Ini kerana pengikut ajaran sesat Syiah dikatakan amat menyukai warna hitam berbanding warna-warna lain,kerana ramai di kalangan ulama besar ajaran sesat itu sering menjadikan warna hitam sebagai warna rasmi mereka.Malah terdapat beberapa kes,di mana pengikut ajaran sesat itu yang meninggal dunia dikatakan turut dikapankan dengan kain yang berwarna hitam yang dibeli dari Iran.
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY