'/>

alt

BLOG PISAU.NET - Seperti yang Pisau dedahkan mengenai perancangan Anwar sebelum PRU13, selain merancang mencetuskan huru hara Anwar tidak serik dengan pembohongan 16 September kepada rakyat.Kita semua tahu 16 September seluruh haprak pakatan meroyan bagai kera hilang anak apabila dijanjikan Putrajaya melalui pintu belakang.

Sekali gagal tidak memberi apa apa kesan kepada politic animal seperti Anwar. Kelmarin berlaku satu perjumpaan sulit diantara Anwar dan beberapa Ahli Parlimen BN dan juga ahli Parlimen Bebas yang pernah keluar dari pakatan pembangkang. Perjumpaan yang dibuat secara tertutup ini berjalan hampir 3 jam di Kuala Lumpur.

Blogger Ipoh Malay http://ipohmalay.blogspot.com/2013/03/guru-hina-polis-ditahan-11400-likes.html?m=1 mengulas tentang penangkapan guru yang gagal menunjukkan teladan yang baik ini
Tindakan menghina anggota polis dan tentera sememangnya sangat biadap dan menghiris hati.
Semoga ia akan menjadi pengajaran bagi semua


Video dibawah ini boleh dijadikan bukti bahawa Tian Chua "tak pernah" mengatakan pencerobohan di Lahad Datu Sabah sebagai sandiwara Umno. Walaupun lelaki berbangsa cina didalam video berkenaan menyerupai Tian Chua, tetapi jika mengikut teori Anwar, ia bukan Tian Chua.

Malah jika mengikut pandangan Presiden Pas Hadi Awang, video ini hanyalah sekadar "besi" dan langsung tidak boleh dijadikan sebagai bukti di mahkamah bagi mendakwa Tian Chua.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa Tian Chua menjadi mangsa jenayah media kawalan Umno yang memanipulasi kenyataan asalnya berkaitan Tragedi Lahad Datu.

Katanya, kenyataan Naib Presiden KEADILAN itu yang dimuat naik dalam Keadilan Daily, sebuah portal berita rasmi KEADILAN, diputar belit dan disebar secara terancang oleh media arus perdana.

Nik Nazmi juga menggesa kerajaan menggugurkan pendakwaan terhadap Tian Chua, apatah lagi ia dibuat mengikut Akta Hasutan yang jelas berniat jahat atas kepentingan politik.

Beliau menyifatkan kerajaan yang menjadikan Tian Chua sebagai kambing hitam bagi menutup kegagalan mereka menangani isu keselamatan negara di Lahad Datu, sebagai zalim.


sumber:http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2013/03/video-bukti-tian-chua-sebenarnya.html
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY