BINTANGOR:
Majlis bercukur Rambut untuk bayi dan kanak-kanak buat julung kali diadakan serentak pada hari Raya Adiladha 2011 di Surau Darul Ikhsan Bintangor.Seramai 14 orang kanak-kanak yang turut serta dalam majlis ini.
Peserta Majlis Bercukur |
Menurut pengerusi Surau darul Ikhsan Bintangor encik Jaapar Majid majlis ini adalah pertama diadakan pada hari raya korban.
Haji Roslan |
Tujuan majlis bercukur ini adalah untuk meringkan beban yang ditanggung oleh keluarga kanak-kanak ini memandangkan majlis ini diadakan secara percuma.Jika dilakukan sendiri tentu sumber kewangan sendiri perlu digunakan untuk majlis sebegini tambah beliau lagi..
Pengerusi Surau Darul Ikhsan |
Alhamdulilah majlis ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan kata Encik Jaapar Lagi.Turut hadir pada majlis ini timbalan Ketua Cawangan PBB N40 Meradong Kr. Morsili Bakar dan penduduk sekitar kampung Bintangor.
Meriah... |