'/>

ALHAMDULLILLAH.. buat JKKK/JKKKP di Sarawak..

KENYATAAN AKHBAR JABATAN KETUA MENTERI
(UNIT PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN AWAM NEGERI)

PEMBAYARAN ELAUN BAGI KETUA-KETUA KAUM NEGERI SARAWAK 
Susulan dari pekeliling daripada Kementarian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Malaysia yang menangguhkan sementara semua urusan berkaitan JKKK/JKKKP termasuk urusan pelantikan, pertukaran, bayaran elaun dan lain-lain hal yang berkaitan, sehubungan dengan ini, Kerajaan Negeri Sarawak telah membuat keputusan untuk menerus dan menanggung pembayaran elaun bagi Ketua-Ketua  Kaum Negeri Sarawak.

#iamSarawakian

Julau:Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor PPgB Nicholas Bin Belulin maklumat awal, pada 22.5.2018 sekitar jam 0800 hrs, mangsa  Anjan Ak Nyua/Lelaki berusia 66 tahun  yang berasal dari Rumah Ading Nanga Jemak, Sungai Entabai, Julau menggunakan perahu seorang diri bagi menghadiri majlis Pra Gawai di SK Nanga Entabai Julau.

Sehingga tengah malam tadi, mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk balik ke rumah yang berada di hulu sungai dari sekolah tersebut. Ini berikutan maklumat daripada penduduk rumah panjang Rumah Minggat, Nanga Sayong, Entabai, Julau mengatakan sekitar jam 0100 hrs dan 0200 hrs ada mendengar suara dari arah sungai meminta tolong. Setibanya mereka di tebing sungai, mendapati hanya perahu dan enjin sangkut sahaja yang kelihatan hanyut.

Anak mangsa mengesahkan perahu dan enjin sangkut adalah kepunyaan mangsa.

Pasukan bomba dibantu agensi lain serta penduduk kampung menjalankan operasi SAR dengan kaedah surface searching di lokasi mangsa terjatuh dari perahu di kawasan air sungai yang berpusar. Pencarian sejauh 3 km ke hulu sungai (Nanga Jemak) dan 2 km ke hilir sungai (Nanga Entabai).

Lokasi disyaki jatuh kawasan lubuk sungai di Ng Sayong. Mangsa kali terakhir dilihat berbaju hijau berbelang kuning dan berseluar panjang. Perahu mangsa pecah dibahagian tengah dan pecah pada cover enjin sangkut 30hp.

Foto Ikhsan JBPM Bintangor

23/5 Penerima bantuan kebajikan tetap dibantu - Abang Johari

KUCHING: Kerajaan negeri memberi jaminan akan membantu kira-kira 56,000 penerima bantuan kebajikan di  negeri ini jika bantuan itu ditamatkan oleh Kerajaan Pusat.


Penerima bantuan itu melibatkan warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan golongan miskin.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri meneruskan bantuan itu meskipun pentadbiran Kerajaan Persekutuan bertukar.


“Tanpa mengambil kira peralihan kerajaan pentadbiran, kita meneruskan bantuan ini kerana Sarawak memiliki sumber mencukupi,” katanya selepas menghadiri Majlis Sumbangan Bungkusan Aidilfitri untuk pasukan keselamatan di Dewan Undangan Negeri (lama), Petra Jaya, hari ini.


Lebih 8,000 bungkusan diagihkan kepada 10 agensi keselamatan yang bertugas semasa Aidilfitri ini.

Sumber:Jiwa Bakti 

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY