'/>
AIDCNews – 10/01/13 – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman menganggap pendirian Majlis Gereja Malaysia yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah sebagai angkuh kerana tidak mempedulikan larangan pihak berkuasa dan tentangan umat Islam di negara ini.

“ISMA menganggap bahawa pendirian angkuh Majlis Gereja Malaysia yang tidak mahu mempedulikan larangan pihak berkuasa dan tentangan umat Islam memberi mesej bahawa kaum Kristian di negara ini sudah sedia untuk naik kepala.

“Mereka dengan nyata bersikap mahu memaksa kehendak tanpa mempedulikan pendirian umat Islam.

“ISMA berpendapat bahawa pihak gereja dan Kristian tidak ada hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka yang berbahasa Melayu dan dalam apa-apa juga penerbitan mereka,”katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan di ismaweb.net hari ini.

Abdullah Zaik turut mempertikaikan motif di sebalik kesungguhan pihak gereja mahu menggunakan kalimah tersebut.

“ISMA mempertikaikan niat pihak gereja yang ingin berkeras untuk menggunakan kalimah Allah walaupun kalimah itu tiada dalam Old Testament dan New Testament (Perjanjian Lama dan Baru).

“ISMA menyatakan kebimbangan bahawa hasrat ini ada hubungan dengan agenda untuk memangkinkan penyebaran agama Kristian di negara ini, khususnya kepada orang Melayu,”katanya.

Selain itu, ISMA juga turut mempersoalkan niat Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, tokoh yang membangkitkan tuntutan ini pada sambutan Krismas, 25 Disember tahun lepas.

“ISMA mempersoalkan pendirian Lim Guan Eng menerusi gesaannya itu yang menggambarkan beliau seolah-olah bersekongkol dengan agenda tersebut.

“Justeru ISMA berdiri teguh di belakang pihak Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu dan juga dalam mana-mana penerbitan gereja seperti Herald Tribune Malaysia.

“ISMA menyeru umat Islam agar menginsafi ancaman yang sedang dihadapi, segera kembali kepada agama Allah, bersatu padu serta menamatkan suasana dicaturkan akibat perpecahan yang berterusan. Adalah menjadi satu kefardhuan bagi umat bangkit mempertahankan maruah dan kemuliaan diri,”katanya lagi

posted from Bloggeroid



Tidak dapat dinafikan, DAP sememangnya memerlukan satu senjata yang paling berkuasa untuk menutup terus cerita tentang rasuah dan penyelewengan yang melibatkan para pemimpin utama parti tersebut seperti Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham, selain skandal kewangan serta penjualan tanah oleh Lim Guan Eng kepada beberapa buah syarikat kroni. 

Selalunya, DAP gemar menjadikan UMNO dan para pemimpin sebagai sasaran utama. Itulah sebabnya, dari mulut Anwar Ibrahim akan kedengaran ratib dan zikir, UMNO, UMNO dan UMNO. Apa-apa sahaja yang berlaku dan tidak kena di mata Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan cuba kaitkan dengan UMNO walaupun kesalahan tersebut dilakukan oleh DAP sepertimana yang berlaku dalam kes pembinaan bangunan meletak kereta yang akhirnya diruntuhkan bernilai lebih RM5 juta di Bukit Bendera pada tahun lalu, kerana bukan sahaja tidak mengikut spesifikasi sebaliknya tidak boleh dimasuki oleh mana-mana kenderaan pun, kecuali motosikal. 

Ketika skandal tanah melibatkan Ngeh dan Nga memuncak di Perak dan di Kelantan, DAP cuba mencari jalan untuk menutup cerita berkenaan dengan mengisytiharkan bahawa Speaker DUN Perak, Datuk Ganeson berlakon dalam filem lucah. ADUN Tronoh, Sivakumar yang pernah menjadi Speaker DUN Perak, menyalak dan melolong bagi pihak Ngeh dan Nga. 

Gemparlah seketika apabila Sivakumar menunjukkan 'bukti' sebuah VCD dengan gambar Ganeson tertera pada CD tersebut. Namun apabila diteliti, ternyata kandungannya adalah 'kosong'. Cerita tentang hubungan seks antara Ganeson dengan skandalnya seperti yang diuar-uarkan oleh DAP dan Sivakumar, tidak lebih daripada cerita kosong kerana isi kandungan VCD tersebut jauh berbeza daripada apa yang diceritakan. 

Dengan kata lain, tidak ada pun gambar-gambar apatah lagi filem lucah di dalam video berkenaan. 

Taktik DAP terkantoi dengan begitu mudah. Mereka bercakap tetapi tidak ada bukti malah dilihat lebih kepada usaha-usaha terdesak untuk menyelamatkan Ngeh dan Nga.

Namun apabila cerita skandal dan penyelewengan melibatkan Ngeh dan Nga masih berterusan, DAP terpaksa mencari jalan lain untuk menyelamatkan diri. Mereka terpaksa memilih kambinghitam dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri. Kalaupun bukan untuk menimbulkan persoalan, tetapi boleh juga digunakan untuk menuduh UMNO… satu taktik yang seringkali digunakan oleh DAP untuk melarikan diri daripada sebarang topik yang kurang memberikan kelebihan kepada mereka. 

Video klip lucah 28 saat yang memaparkan Mansor Othman, Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga merupakan sekutu kuat Anwar Ibrahim di negeri tersebut, dipilih sebagai kambinghitam. SUMBER
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY