'/>

Majlis Penyampaian Cek Pampasan ( ex-gratia ) Projek Lebuh Raya Pan Borneo Meradong- Julau, Sarikei. 移交泗省 如楼-马拉端 泛婆大道赔偿金仪式
Foto by ung woo teng

Kenyataan Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin, Mantan Setiausaha Politik Menteri Kewangan II, Dato' Seri Husni Hanadzlah.

Dato' Seri Husni Hanadzlah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Bendahari UMNO Malaysia, Bendahari Agung Barisan Nasional, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO  Negeri Perak, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Tambun.

Sekian.

27 Jun 2016

Gara-gara handphone, sebuah kereta jenis Axia meletup di stesen minyak Shell Setapak Indah,1.30pm tadi. Handphone milik mangsa yang berada di seat depan dikatakan berbunyi sewaktu mangsa isi minyak. Sebaik buka pintu untuk ambil fon letupan tercetus mengakibatkan mangsa melecur 60 peratus anggota badan. Sama-sama take note okeh!

PETALING JAYA: Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Profesor Madya Jeniri Amir menyifatkan tiadanya menteri baru dari Sarawak dalam rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sebagai mengecewakan.
Apatah lagi selepas Barisan Nasional (BN) Sarawak mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Mei lalu, kata penganalisis politik itu lagi.
“Berdasarkan kuota, sepatutnya pemimpin dari Sarawak yang menggantikan Datuk Seri Douglas Uggah Embah (yang bersara), lebih baik lagi jika pengganti itu pemimpin Dayak daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.
“Kecewa adalah sentimen di sini (Sarawak) yang mengharapkan ada penambahan menteri daripada Sarawak. Tetapi (rombakan) seperti tidak mengiktiraf pencapaian cemerlang BN Sarawak pada PRN lalu,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata ramai yang menjangka Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh berdasarkan kuota negeri, namun perkara itu tidak berlaku.
Selain tiada penambahan menteri, negeri itu juga kehilangan satu kedudukan menteri apabila portfolio Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang dipegang Ahli Parlimen Betong, Datuk Seri Douglas Uggah Embah, digantikan dengan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Kiong.
Dalam rombakan yang diumumkan Najib tadi, Datuk Abdul Rahman Dahlan dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU), manakala portfolio terdahulu beliau – Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – dipegang Tan Sri Mohamad Nor Omar yang kembali ke Kabinet.
Jeniri menyifatkan rombakan hari ini langkah Najib mengukuhkan kedudukan kerajaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Kedudukan strategik diberikan kepada orang yang setia kepadanya seperti Noh dan Rahman. Ini strategi beliau menghadapi PRU akan datang, termasuk merampas kembali Selangor daripada pembangkang,” katanya merujuk kepada kedudukan Noh selaku pengerusi BN Selangor.
Beliau berkata, hakikat tiadanya tambahan menteri dari Sarawak sudah dimaklumi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan tidak akan mengeruhkan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.
“Hal ini pasti sudah dibincangkan kedua-dua pihak. Saya fikir Adenan sudah tahu,” katanya lagi.
Sarawak mahu keutamaan diberi kepada penduduk dan syarikat tempatan negeri ini terlibat secara langsung dalam industri minyak dan gas seperti dipersetujui kerajaan negeri dan Petronas sebelum ini.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar  Awang Tengah Ali Hasan berkata kedua-dua pihak turut mencapai persetujuan dari segi kontrak bernilai RM2.1 bilion yang harus diberi kepada syarikat dari Sarawak.
Katanya kuota gas juga ditambah bagi membolehkan Sarawak mempergiat industri hiliran berasaskan minyak dan gas dan membangunkan industri petrokimia.

“Banyak cadangan diwujudkan untuk Sarawak memanfaatkan industri minyak dan gas termasuk mengadakan peluang perniagaan, kontrak-kontrak dalam minyak dan gas diberi keutamaan kepada syarikat Sarawak.
“Selain itu, kita juga bercadang menubuhkan syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat secara langsung dalam industri minyak dan gas dan banyak cadangan telah dibuat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Raya anjuran Lembaga Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) di sini, semalam.
Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Limbang Junidi Lamat dan ketua-ketua jabatan kerajaan.
Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan itu berkata selaku pengerusi jawatankuasa kabinet negeri bagi minyak dan gas, banyak perkara sudah dibincangkan dan diajukan kepada kerajaan memoptimumkan industri terbabit.
Dalam perkembangan lain, Awang Tengah berkata, Bandar Baharu Limbang dikenali sebagai Putrajaya Mini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
“Projek berkenaan sepatutnya dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) namun mengalami masalah dan akan dilanjutkan dalam RMK11.
“Antara projek dilaksanakan ialah membina kompleks pejabat yang sudah diluluskan dari segi reka bentuk dengan ketinggian sekitar 13 tingkat,” jelasnya.
Penyusunan semula jawatan Menteri dan Timbalan Menteri
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Mah Siew Kiong
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar
Menteri Kewangan Kedua
Datuk Johari Ghani
Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Othman Aziz
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Nasron Mansor
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong
Timbalan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk
Chua Tee Yong
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri K Devamany
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY