'/>

SIBU: Sarawak mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri kerana beliau mempunyai amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa mendengar masalah rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Ini, katanya, ia terbukti apabila perdana menteri menangani permohonan Sarawak berkaitan tuntutan terhadap hak-hak negeri itu yang terhakis sejak pembentukan Malaysia.

Menurutnya, Najib telah berjanji untuk mengembalikan hak-hak berkenaan kepada Sarawak sekiranya ia benar-benar terbukti dan termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia dahulu.

"Jadi kita rakyat Sarawak sangat bernasib baik, jangan ditukar Datuk Seri Najib (daripada jawatan Perdana Menteri). Oleh itu kita mesti berjuang bersungguh-sungguh untuk menentukan Datuk Seri Najib terus jadi Perdana Menteri,"katanya.

Abang Johari, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berucap merasmikan mesyuarat perwakilan lima cawangan PBB di kawasan Sibu iaitu Bawang Assan, Dudong, Pelawan, Bukit Assek dan Nangka di sini hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan.

Sehubungan itu, Abang Johari mengajak rakyat Sarawak terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menuntut semula hak-hak Sarawak dan berterima kasih kepada Najib.

Katanya semua tuntutan melibatkan hak Sarawak yang telah terhakis tersebut dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang, bukan emosi.

Sementara itu, beliau menasihatkan pemimpin-pemimpin muda dalam PBB yang merupakan tulang belakang kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, supaya tidak gopoh dan berebut-rebut untuk menjawat jawatan-jawatan dalam parti.

Katanya PBB sememangnya memberi peluang kepada pemimpin muda dan melatih mereka untuk mengambil mereka menerajui pucuk pimpinan parti apabila tiba masanya.

"Kita dalam PBB mempunyai budaya, pemimpin bertukar ganti, kita latih orang muda. Jadi orang muda jangan gopoh dan berebut-rebut kerana ini akan menimbulkan kelam-kabut dalam parti,"jelasnya. - BERNAMA

#TeamAbgJo #KamiGengNajibRazak

Bintangor:YB Datuk Ding Kuong Hiing dan Ahli -ahli Supp dari Bintangor Branch melawat tapak pembinaan blok bangunan baru khas untuk pelajar OKU di SMK Bandar Bintangor. Kos pembinaan dibiayai oleh dana RTP YB. (27/11/17)

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY