'/>

KUCHING:Seorang lelaki mencipta gempar di Kampung Muara Tebas di sini sebentar tadi, dengan bertindak cuba membunuh diri.

Uniknya, beliau cuba menamatkan riwayat dengan memanjat pintu gerbang di kampung tersebut.

Tidak dapat dipastikan bila lelaki itu mula memanjat, tetapi sehingga rundingan dilakukan, dia telah berada di puncak gerbang setinggi 30 kaki itu untuk tempoh lebih 35 minit.

“Kami percaya lelaki ini di bawah pengaruh dadah,” kata anggota polis yang ditemui di lokasi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat daripada Balai Petra Jaya juga kini berada di lokasi, sebagai persediaan terhadap semua kemungkinan.

Pintu gerbang terbabit telah dibina oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung lebih lima tahun lalu.

Ia kejadian pertama di Malaysia membabitkan cubaan bunuh diri dengan terjun dari pintu gerbang.

Sehingga berita ini ditulis, proses pemujukan masih berlangsung. — Sarawakvoice

SARIKEI: Wang tunai RM20,000 menanti  'Badang Sarawak' dalam kejohanan Lelaki dan Wanita Terkuat anjuran Persatuan Orang Kuat Malaysia (MSA) di sini, pada 24 hingga 25 Februari ini.

Pengerusi  Jawatankuasa Pengelola kejohanan itu, Asisten Superintendan Ricky Poh, berkata setakat ini seramai 35 peserta termasuk dari Thailand dan Brunei sudah mengesahkan penyertaan.

Beliau berkata, dalam kejohanan kali peserta perlu melalui beberapa cabaran antaranya mengangkat bebanan,  mengalihkan tayar jentera berat, menarik trak, angkat berat dan mengangkat batu atlas.

Berita harian online

Bintangor:Program Sambutan Pra Tahun Baru Cina berlangsung dengan meriahnya.Antara tetamu kehormat yang hadir YB Datuk Ding Kuong Hiing Adun N46 Meradong ,PS Teng Ung Woo dan Pegawai Daerah Meradong.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY