'/>

Anak Bintangor menjadi kebanggaan Bintangor, seorang pensyarah di UiTM, Kota Samarahan mendapat gelaran Profesor Madya.


Isu Halal: Idris Buang Gesa Usah Buat Kenyataan Bahlol Dan Bodoh

Oleh Baha Duri

KUCHING: Tindakan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Michael Tiang yang membuat kenyataan bahawa tindakan restoran McDonald mensyaratkan persijilan halal untuk pembekalan kek ke restoran itu tidak dialu-alukan di Sarawak menerima kecaman banyak pihak hari ini dan semalam.

Michael Tiang, bekas ahli Parti Tindakan Rakyat (Dap) yang dibawa masuk ke dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp) dikatakan mencari publisiti murahan, dengan membuat kenyataan yang tidak perlu dan tidak matang.

" Beliau tidak perlu membuat kenyataan seolah-olah beliau mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan rakyat keseluruhan," kata aktivis Saberkas, Abang Abdul Aziz Abang Draup.

Ahli Dewan Undangan Negeri Muara Tuang, Datuk Idris Buang pula menasihati mereka yang menjawat jawatan seperti Setiausaha Politik agar lebih berhati-hati apabila membuat sebarang kenyataan sensitif.

"  Mereka harus sedar bahawa sebarang pemakluman berkaitan makanan halal hanya tertakluk kepada masyarakat Islam.

" Ia tidak bermaksud kepada mereka yang bukan Islam. Hanya yang Islam perlu mematuhinya.

Justeru itu kata Idris yang pernah menjawat Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, beliau tidak mahu lagi sebarang kenyataan "bahlol" dan bodoh daripada Setiausaha Politik yang gagal memahami makanan halal adalah juga hak asasi manusia.

" Saya tidak dapat melihat bagaimana dengan memakan makanan halal.boleh menjadikan seseorang itu menjadi ekstremis," sindirnya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Serembu, Miro Simoh turut kesal dengan kenyataan yang dilihat tergesa-gesa itu.

" Secara lojiknya, restoran itu adalah restoran halal dan kita tahu ia dipersijil halal.

" Kenapa perlu kita membawa "sesuatu" yang haram ke dalamnya dan berusaha untuk tidak menghormati status restoran tersebut.

Di Malaysia, terutamanya di Sarawak, terdapat banyak restoran lain yang tidak halal dan mereka boleh memilih ke situ untuk makan atau keraian.

" Usah mewujudkan keruh dalam suasana keharmonian masyarakat pelbagai kaum kita.

" Kita perlu saling menghormati dan memahami sensitiviti di antara satu sama lain," tegasnya lagi.

=ends=

THE RGHT TO RELIGIOUS FREEDOM AND PRACTICES , MUTUAL RESPECT AND TOLERANCE GO SIDE BY SIDE IN SARAWAK  & IN MALAYSIA.
I ardently hope that those holding posts like Political Secretaries should be cautious enough and be mindful  to the fact that any notice that pertains to HALAL FOOD are meant for muslims only. It is not intended for any other people other than muslims only. Only muslims are to abide by it.
So...I hope NOT to see any more stupid or 'bahlol' remarks from a seemingly naive Polsec who should have known that the right  to consume HALAL foods is also a human right.

Sumber :FB Idris Buang Al-Hajj 

Seekor buaya berjaya ditangkap di Simunjan siang tadi. Setakat ini punca buaya tersebut ditangkap masih lagi tidak diketahui.
Foto : FB Kamek Miak Sarawak

Kuching:Mayat lelaki yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Isthmus di kawasan Pending awal pagi semalam berjaya ditemui pagi tadi. Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Muara Tebas dikatakan terjatuh ke dalam sungai kira-kira jam 1.30 pagi semalam dari ketinggian 6 meter.

Info dan foto : FB kamek miak Sarawak

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY