//Fadzlan Shahibi//
TANYA SOALAN YANG BETUL UNTUK JAWAPAN YANG BETUL...
Memang betul seperti apa yang d nyatakan oleh Presiden PRS bahawa PBB akan menjadi parti dominan jika memiliki lebih daripada 40 kerusi DUN dan akan menjadikan parti komponen lain dilihat tidak releven...
Sememang sebegitu akan tetapi persetujuan sebelum pilihanraya telah dibuat iaitu mana calon langsung BN bokeh menyertai mana mana parti komponen yang termasuk PBB?
Jadi soalan yang betul di manakah perginya Presiden PRS ketika persetujuan itu dibuat?
Tidak mungkin beliau tidak tahu menahu tentang itu ataupun tidak mampu mentafsir kemungkinan calon calon tersebut akan menyertai PBB jika menang...Ini baru soalan pertama..
Apabila calon langsung BN ini memenangi Pilihanraya yang lepas mereka mengambil masa untuk membuat keputusan memohon menyertai PBB. Soalan yang betul adalah Kenapa mereka memilih PBB bukan PRS SPDP mahupun SUPP padahal parti parti ini menerima kemasukan pelbagai etnik termasuk kaum Cina?.. Kaji dahulu dan selidik kenapa mereka memilih PBB. Jgn kaji kekuatan PBB kajilah kelemahan yang ada pada parti sendiri terkebih dahulu... Ini soalan yang kedua...
Jika Presiden PRS tidak bersetuju dengan tindakan Wakil Rakyat langsung BN menyertai PBB dan kesemua ADUN tersebut bertegas tidak mahu menyertai parti parti komponen yang lain adakah beliau akan bersetuju agar UPP menyertai BN Sarawak supaya kesemua ADUN langsung BN dapat bernaung dibawah parti tersebut seterusnya memastikan PBB tidak menguasai lebih daripada 40 kerusi?..Jika mahu nyatakan secara terbuka. Ini soalan yang ketiga....
BEKAS ahli Teras boleh menyertai UPP dan membentuk sayap Bumiputra dan Sayap Cina di dalam struktur kepimpinan baru mereka jika UPP diterima masuk menyertai BN Sarawak. Namun adalah Presiden SUPP SPDP akan bersetuju dengan penyertaan UPP menyertai BN Sarawak? Kerana jika ianya berlaku maka Kerusi TKM akan turut diberikan kepada Presiden UPP kerana mempunyai 11 kerusi dimenangi dan akan mempunyai 13 kerusi pada pilihnraya akan datang. Dan jika ini berlaku maka DS Wong Soon Koh punyai platform parti untuk membolehkan beliau berada pada kerusi Menteri Kewangan II seterusnya menjawab pertanyaan Presiden PRS. .. Ini soalan ke empat....
Rumah sudahpun siap kenapa pahat masih berbunyi?. Kesemua keputusan yang diterjemahkan pada pilihanraya yang lepas adalah hasil daripada persetujuan yang dibaut oleh kesemua parti komponen BN termasuk meletakkan keputusan menyertai mana mana parti di bawah budi bicara calon langsung BN yang bertanding.
Itu soalan terakhir....
Nota:
Tunggu sahaja Majlis Tertinggi PBB buat keputusan dan semua harus menerima keputusan itu dengan redha termasuk apabila keputusan itu tidak menyebelahi mana mana pihak yang berkemungkinan akan menggantung dahulu permohonan mereka selama sekiranya kurangnya 2 tahun bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran politik sedia ada yang ada pro dan kontra. INI akan menjadikan mereka AdUn Bebas Pro BN.
Ini tidak bermaksud mereka ini tidak boleh dilantik menjadi Menteri kerana jika ianya dianggap pelik maka PM Najib akan nampak ekor di belakangnya kerana melantik DS Idris Jala bekas CEO Mas dan DS Abdul Wahid Omar bekas CEO Maybank menjadi Menteri Penuh..
Keduanya bukan Ahli Parlimen....lagi teruk kalau itulah cara kita melihatnya...