'/>

TANJONG KARANG – Hasrat seorang lelaki mahu menangguk ikan dibawah jambatan di pekan Tanjong Karang, di sini terbantut apabila menemui bungkusan kain selimut berbau busuk kira-kira jam 1.15 petang, semalam.

Kerana curiga, lelaki terbabit mendekati bungkusan dan terkejut apabila mendapati mayat berikat dalam keadaan mengerikan sebelum menyuruh anaknya menghubungi pihak polis.

Kejadian itu turut menggemparkan orang ramai dan mula mengerumuni kawasan jambatan berhampiran bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang meskipun bau agak memualkan.

Sinar Harian difahamkan, lelaki itu dipercayai mati dibunuh beberapa bulan sebelum ditemui penduduk kerana berdasarkan keadaan badannya yang sudah mereput manakala leher mangsa dijerut dengan tali.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1.15 petang dan pegawai polis yang diketuai Inspektor Rozaini Rosmin bergegas ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati, mayat lelaki itu diikat dengan tali nilon berwarna hijau di bahagian badan, tangan dan kaki. Manakala seketul batu berbentuk empat segi turut berikat pada badan mayat yang dibungkus dengan kain selimut.

“Keadaan bahagian kepala hanya tinggal tengkorak manakala bahagian badan mereput menyukarkan pihak polis mengenal pasti cap jari mangsa. Pihak polis turut menemui kesan kecederaan pada paha dan pinggang mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian
semalam.

Muhd Taib menjelaskan, siasatan mendapati mayat yang ditemui berhampiran tebing sungai ketika air surut dan anggotanya terpaksa mengikat mayat itu pada kayu berhampiran sementara menunggu pasukan forensik tiba ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui berpakaian baju kemeja-T kelabu berkolar bulat dan memakai seluar jean biru muda dengan tali pinggang berjenama Doula.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui. Kita percaya dia sudah lama mati berdasarkan keadaan mayat. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan dan punca kematian hanya boleh diketahui selepas bedah siasat dijalankan esok (hari ini).

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang,” katanya yang menolak kes itu ada kaitan dengan penemuan kes lelaki berikat dengan batu yang ditemui berhampiran Jeti Lorong Budiman Sungai Tengi pada 10 September lalu.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor atau Bilik Mayat Hospital Tanjong Karang untuk tujuan pengecaman.

sumber : perihalnegara



Terharu Apj tengok Perdana Menteri Malaysia
 Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN).

Perdana Menteri  yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Datuk Dr Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu. 

Datuk Dr Haron dilihat ceria dan gembira dengan kehadiran Perdana Menteri.  Perdana Menteri menunjukkan sikap kematangan berpolitik dengan menafikan ideologi politik antara Umno dan Pas dan memartabatkan sifat persaudaraan sesama Islam. 

Patutnya sikap ini dicontohi oleh semua rakyat dan pemimpin lain. Tahniah PM 




berikut merupakan komen bila admin cuba merungkai isu syiah di Meradong...rata -rata ramai yang tidak mempercayai perkara ini..tapi sedarlah mereka telah bertapak lama di Meradong...cuma kita sahaja yang mengambil sikap "indah tak indah"...sejauh mana penyebarannya itu admin malas nak komen..

Nasiblah ramai belia kampung yang tahu dan pandai menilai...kalau tidak entah apa yang berlaku...Sebenarnya  admin MT menunggu respon daripada penduduk Kmpg di media sosial mengenai syiah ini..ada tak yang sanggup tampil kedepan...penantian beberapa hari akhirnya berjaya bila ada hamba Allah ..keluar isu mengenai Syiah ini..

komen 2 di FB











Pelbagai  reaksi yang ditunjukkan oleh warga Meradong mengenai Isu syiah ini..Sebenarnya ramai juga perasaan dengan tingkah lalu kumpulan ini..namun ramai yang enggan bersuara..tapi yakinlah Allah S.W.T sentiasa memerhati kita..Untuk itu ingatlah....


عن أبي سعيد الخدري رضى الله عنه قا ل : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فاءن لم يستطع فبلسانه فاءن لم يستطع فبقلبه وذلك اضعف الايمان. رواه مسلم .

Maksudnya: Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hati dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.

 

Artikel berkaitan:

Air mandi mayat dijadikan ubat. Itu fahaman khurafat segelintir umat Islam di negeri ini
yang masih menular dan sukar dibendung sejak puluhan tahun lalu.

Air mayat yang kotor dan berkuman itu digunakan semula sebagai air mandi kononnya untuk menghilangkan rindu kepada si mati, merawat kanak- kanak yang terkena badi mayat, sebagai air penerang
hati dan mengubat ketagihan dadah.

Malah, ada juga ada yang meminta tali pengikat kain kafan dan sarung tangan digunakan tukang mandi mayat untuk membersihkan dubur si mati, juga dengan
alasan dibuat ubat.

Tukang mandi jenazah wanita, Indong Awang, 66, yang berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang itu, berkata, ada juga individu yang percaya air mandi mayat mampu menyembuhkan penyakit AIDS.

“Perbuatan khurafat ini sudah lama berlarutan dan masih berlaku sekarang, menyebabkan kami serba salah. Ini kerana apabila kami menolak permintaan mereka, ada yang marah dan ada juga berkeras melakukannya sendiri,” katanya.
HM
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY