'/>

   Kerajaan negeri Sarawak tidak pernah tuntut nak keluar Malaysia!! Perjuangan kerajaan negeri adalah lebih kepada memperjuangkan hak-hak negeri dan menuntut penurunan kuasa (kuasa autonomi) daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.
     Berbeza dengan perjuangan Sarawak for Sarawakians (S4S) yang terbukti kotor dan tidak mendapat restu dan sokongan majoriti rakyat negeri, nak negeri Sarawak keluar dari Malaysia. Biar rakyat negeri yang cinta dan hormat dengan perlembagaan dan undang-undang bersama terlibat dalam proses tuntutan pengagihan kuasa dari kerajaan pusat ke kerajaan negeri dengan lebih beretika dan bertamadun.

Seramai 20 individu ditangkap kerana disyaki terlibat aktiviti perjudian dalam 15 serbuan yang dijalankan dalam tempoh 25 hingga 31 Julai lalu di seluruh negeri ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar, suspek-suspek yang ditahan termasuk wanita dan seorang warga asing, berumur dalam lingkungan 18 hingga 48 tahun.

“Lima belas serbuan itu menjurus kepada penangkapan 20 individu yang terlibat dalam loteri awam tanpa lesen dan judi atas talian.

“Wang tunai berjumlah RM4,905 turut dirampas dalam serbuan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY