'/>

ORANG SARAWAK BIJAK MEMILIH....

/Fadzlan shahibi FB/

Sebelum Tun Mahathir berkata bahawa PM Najib Razak perlu melayan segala tuntutan Sarawak, orang Sarawak sudah awal awal berfikir tentang itu...

Oleh sebab itu mereka mengundi satu pasukan  sepakat bagi membentuk Kerajaan Negeri dan memberikan mereka satu bentuk kekuatan dan sokongan agar dapat dijadikan sebagai alat bagi mendesak Kerajaan Pusat memenuhi kehendak rakyat di Negeri Sarawak..

Di kala ini Kerajaan Negeri Sarawak cukup kuat dengan jumlah kerusi yang cukup mematikan  langkah pembangkang apatah lagi berhadapan dengan Kerajaan Pusat yang kini lemah disebabkan pertelingkahan  sesama sendiri  dalam parti keramat UMNO. Dan bukan salah pengundi di Sarawak yang memperkuatkan benteng BN di sini sehingga boleh. menyebabkan BN di seberang sana agak rapuh. Di sana ada Melayu tapi tidak bersatu dan bermain dengan sentimen perkauman "Ini Tanah Melayu milik orang Melayu", sehingga mengenepikan peranan dan sumbangan bangsa lain...

Di Sarawak dengan 33 etniks berbeza mampu bersatu di bawah bendera Negeri... Meskipun berbeza sokongan politik, memakai baju berlainan warna, memegang bendera parti berbeza apabila perut lapar tekak dahaga masih tersenyum duduk makan semeja dan ada yang mempelawa untuk bayar semua satu meja.. Semua yang duduk makan berlainan  bangsa berlainan parti akhirnya kenyang perut senang hati kerana dapat makan percuma...

Hebatkan .....Seolah olah pilihanraya itu hanyalah semacam karnival Jom Heboh sahaja. Kacau bilau tiada gaduh gaduh pun tiada walaupun  api kebencian cuba dibakar oleh parti lawan api yang cuba dimarakkan itu  hanya mampu membakar sebatang rokok dan secawan kopi sambil mendengar jerit pekik suata sang calon menghamburkan kata kata di pentas ceramah..

Itulah Sarawak. Di zaman Tun Mahathir kerusi Sarawak tidaklah penting kerana UMNo boleh  membentuk Kerajaan secara bersendirian. Betapa kuatnya UMNo sehingga selama itu kehendak rakyat  Sarawak diketepikan. Ada Menteri Persekutuan asal Sarawak boleh dihitung  dengan jari ayam sahaja pada masa itu...Sekurang kurangnya di zaman PM Najib ada ramai Menteri datang dari Sarawak..

Kali ini suasana nya berbeza. Rakyat Sarawak kini matang pemikiran mereka. Undi di tangan digunakan untuk membeli "Joker Card" dengan izin agar kali ini tuntutan perlu dipenuhi setelah pelbagai janji ditabur PM selama 2 minggu berkempen di sini.

Dan jangan melihat kelemahan Kerajaan Pusat sebagai peluang Sarawak mengambil kesempatan kerana samada mereka kuat mahupun lemah tuntutan akan terus dilakukan dan ianya perlu dipenuhi bagi mengelakkan rakyat Sarawak memberikan JOKER CARD mereka kepada orang lain sehingga menyebabkan Putrajaya dipindahkan ke PETRAJAYA....Wisma Putra ditukar nama kepada Wisma Bapa Malaysia...

Jangan silap melentur buluh...takut terluka...
Bisanya pedih sekali....
.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY