'/>

Allahyarham Tarmimi dengan gelaran Abu Ahmad Al-Malizzi telah diberi penghormatan oleh Media Rasmi Tentera Daulah Islamiah Iraq dan Sham (ISIS) dengan Tajuk Utama Mujahidin Malaysia Syahid Dalam Operasi Martyrdom yang disertakan gambar Ahmad Tarmimi. Al Fatihah Ahmad Tarmimi Maliki dan Takziah kepada ahli keluarga dan saudara mara Allahyarham.

Abu Ahmad Al Malizzi, Shaheed InShya Allah.. Conducted an Amaliyyah Istisyhadiyah (Martyrdom Operation) onto the HQ of Iraq’s SWAT Golden Squad at the frontline of Al Anbar.

 Mujahidin Malaysia Syahid Dalam Operasi Martyrdom

Serangan dalam Operasi Martyrdom itu dikatakan telah membunuh 25 anggota Skuad Emas SWAT di bangunan berkenaan setelah Mujahidin Malaysia Ahmad Tarmimi Maliki meletupkan dirinya bersama sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tentera jenis Hummers sarat membawa beberapa tan bahan letupan sebelum disusuli serangan hendap oleh Pasukan Tentera Daulah Islamiah Iraq dan Sham (ISIS).

Rekrut Pengebom Berani Mati Malaysia

Ahmad Tarmimi Maliki, 26, adalah seorang pekerja kilang di Selangor namun di luar rutin aktiviti hariannya, beliau merupakan Rekrut Pengebom Berani Mati dan dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama terbunuh sebagai pengebom berani mati kerana sebelum ini terdapat beberapa kematian rakyat negara ini di luar negara dalam peperangan di Syria tetapi bukan sebagai pengebom berani mati,

Jihad Ahmad Tarmimi Maliki

Ahmad Tarmimi Maliki yang mengikuti Latihan ala Ketenteraan sebuah kumpulan militan di Port Dickson akhir tahun 2013 dan Jihad beliau tidak diketahui oleh ahli keluarga terdekatnya di Pahang.

Dalam pertemuan pihak Media dengan Halimah, 34, iaitu kakak kepada Ahmad Tarmimi memberitahu, keluarganya mengetahui berita tentang adiknya itu melalui Facebook yang dikongsi oleh rakannya beberapa hari selepas kejadian dan sangat terkejut kerana kali terakhir berjumpa Ahmad Tarmimi di kampung pada Mac lalu, adiknya itu hanya memaklumkan akan ke Asia Barat untuk mendalami ilmu agama.

Kami pada mulanya tidak percaya dengan berita kematiannya di internet sehinggalah pihak polis datang ke rumah (semalam) dan memaklumkan perkara berkenaan. Hancur luluh hati kami apabila mendengar berita itu.

Ahli Keluarga tidak tahu tentang penglibatan Ahmad Tarmimi di dalam mana-mana pertubuhan dan kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan anasir pengganas.

Allahyarham Ahmad Tarmimi Maliki menetap di Selangor sejak 2012 merupakan orang yang sederhana dan hanya bekerja di sebuah kilang. Beliau sentiasa tenang seperti biasa, cuma dilihat suka berzikir dan menyendiri ketika kali terakhir bertemu ahli keluarganya.

ps: pengebom berani mati, kalau mengebom tempat tentera, tentera mati, tapi kalau bom kawasan orang awam? orang tak berdosa yang mati? bagaimana tu?

Sumber

Edinho pertama kali ditangkap pada tahun 2005.

ANAK kepada legenda bola sepak Brazil, Pele, dijatuhi hukuman 33 tahun penjara kerana pengubahan wang haram yang diperolehi daripada aktiviti pengedaran dadah.

Edinho adalah pemain bola sepak bersara yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab lama Pele, Santos, dalam tahun 1990-an.

Dia pertama kali ditangkap pada tahun 2005 dan telah menerima hukuman bagi kesalahan mengedar dadah dan mempunyai hubungan dengan seorang pengedar dadah terkenal di bandar Santos.

Katanya, dia adalah seorang penagih dadah tetapi menafikan tuduhan pemerdagangan manusia.

Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh seorang hakim di bandar berhampiran pantai, Praia Grande, di negeri Sao Paulo.

Media Brazil tidak dapat menghubungi Edinho, yang nama sebenarnya adalah Edson Cholbi do Nascimento.

Tetapi mereka berkata dia dijangka akan membuat rayuan.

Edinho, 43, bekerja sebagai jurulatih penjaga gol di Santos.

Bapanya, Pele, atau Edson Arantes do Nascimento bermain secara profesional di Brazil untuk Santos.

Bermain untuk Brazil, beliau memenangi Piala Dunia pada tahun 1958, 1962 dan 1970 dan telah diiktiraf sebagai pemain bola sepak paling hebat dalam generasinya.

Beliau bersara pada tahun 1974, tetapi membuat kemunculan semula setahun kemudian untuk New York Cosmos.

Edinho adalah anak ketiga Pele dari perkahwinan pertamanya. Dia berusia lima tahun apabila keluarganya berpindah ke New York untuk bermain untuk Cosmos.

Apabila dia kembali ke Brazil dia membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya dalam bola sepak secara profesional, iaitu sebagai seorang penjaga gol, satu keputusan yang amat mengejutkan bapanya.

Dia adalah penjaga gol Santos pada tahun 1995 apabila pasukan itu mara ke final liga Brazil.

Pele, kini 74, telah melawat anaknya beberapa kali di penjara.

mStar

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY