Ahli2 Lembaga Pengarah PETRONAS..
"Nampaknya sik org Sarawak dlm photo ya..?..sik ada..?..sebenarnya ada...Pengerusi ya asal-usul dr belah Subuyo nun..
Salah seorg dr Empuan ya mun sik silap nang asal dr Kpg.Melayu Bintangor..and ada sorang gik laki dlm ya nang Anak Jati belah Baram nun.."
Related Pots
BINTULU: Mayat seorang lelaki dengan tujuh kesan tetakan dijumpai di sebuah kawasan kebun di kawasan Semanok, Jalan Bintulu-Tatau pagi semalam.
Menurut jurucakap Polis Bintulu, mayat yang tidak dapat dipastikan identiti itu ditemui pemilik kebun terbabit, seorang lelaki berusia 38 tahun sekitar jam 8.30 pagi semalam yang kemudian membuat panggilan kecemasan kepada pihak polis.
“Siasatan awal mendapati mayat lelaki tersebut berseluar jeans biru, tidak berbaju dan dibunuh di dalam sebuah pondok kebun sayur.
“Tiada sebarang pengenalan identiti mangsa ditemui pada mayat tersebut yang mempunyai tujuh kesan tetakan pada badan dan kepala, disyaki menggunakan senjata tajam.
Katanya lagi, pasukan forensik sedang melakukan peneriksaan lanjut di lokasi kejadian, sementara mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.
“Polis sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti identiti mangsa, termasuk melakukan padanan kepada orang yang dilaporkan hilang,” katanya lagi.