'/>

KENYATAAN MEDIA

1. Sekalung tahniah kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg yang menang tanpa bertanding jawatan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta dua Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua PBB bagi Sesi 2017 - 2020.

2. Tahniah juga ahli-ahli Majlis Tertinggi baharu PBB serta barisan kepimpinan baharu Pergerakan Pemuda PBB dan Pergerakan Wanita PBB yang juga dimenangi tanpa bertanding.

3. Setinggi-tinggi terimakasih kepada seluruh perwakilan dari kesemua  82 cawangan PBB yang telah memberi kepercayaan dan mandat kepada saya untuk menyandang jawatan Naib Yang Dipertua Kanan PBB bagi sesi 2017 - 2020.

4. Pencalonan sebulat suara yang membolehkan saya menang tanpa bertanding bagi jawatan itu adalah satu amanah besar yang perlu saya pikul dan saya amat bersyukur kerana terus diberi peluang untuk terus berkhidmat kepada parti tonggak Barisan Nasional (BN) Sarawak ini.

5. Saya berikrar akan memikul amanah dan tanggungjawab ini sebaik mungkin dan memberikan khidmat terbaik kepada parti khususnya dan rakyat Sarawak pada umumnya. Saya juga berikrar akan berdiri teguh bersama-sama pucuk kepimpinan parti  dalam memastikan kelangsungsan perjuangan PBB demi rakyat dan negeri ini.

6. Kemenangan sebahagian besar jawatan tertinggi parti tanpa ditandingi pada pemilihan PBB kali ini membuktikan kekukuhan kesatuan dalam parti dan sokongan padu kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak.

7. Ia juga adalah kemenangan anggota parti yang mahu melihat PBB terus kukuh dan mantap dibawah kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak dalam berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dalam tahun ini, seterusnya dalam membawa kemajuan lebih pesat di Bumi Kenyalang dan ke arah memperkasakan pembangunan ekonomi digital.

8. Bagi jawatan Naib Presiden (kuota Bumiputera) yang akan dipertandingkan, saya yakin dan percaya ia akan berlangsung dalam semangat kekeluargaan atas semangat dan prinsip kesatuan dalam PBB.

(3 Februari 2018)
YB DS Fadillah Yusof
Naib Yang Dipertua Kanan PBB

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY