'/>

Lagi Pingat Buat Kontinjen MALAYSIA

Pusat Akuatik Nasional, Lee Yhing Huey menghadiahkan Malaysia PINGAT PERAK dalam acara Rutin Solo Bebas sebentar tadi dengan mengumpul 74.7 mata, ketinggalan 0.3 mata di belakang penyandang emas.

Dari Stadium Tertutup Titiwangsa pula, skuad Sepak Takraw Malaysia membawa pulang PINGAT GANGSA ketiga buat negara dengan kutipan 106 mata dalam acara Chinlone Event 4.

Perkembangan lain, skuad Sepak Takraw Malaysia akan bertemu skuad Thailand dalam pusingan AKHIR pada jam 8.00 malam ini di Stadium Tertutup Titiwangsa bagi acara Chinlone Event 1.

TAHNIAH!

Program "Nothing To Hide 2.0" adalah bukti kegagalan penganjur dalam aspek keselamatan, sedang untuk mengawal ahli mereka sendiri pun gagal.

Penganjur perlu diambil tindakan berikutan insiden ganas yang berlaku.

TERKINI: Suspek lelaki berusia 23 tahun dikenali Ayob alamat terakhir tinggal di Bintangor kini diburu Polis Daerah Matu Daro selepas dipercayai terlibat kes Curi Meriam Tembaga Antik di Kampung Tebaang, Daro dan Kes Pecah Masuk serta Curi Duit Tabung Masjid di Masjid Tunku Abdul Rahman, Daro pada 28 Julai 2017 kira-kira jam 4.50 petang pada hari kejadian, baru-baru ini.

Manakala seorang rakan suspek yang turut terlibat sama dalam kedua-dua kes tersebut telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang terserempak atau mengenali suspek boleh menghubungi Balai Polis Daerah Matu Daro atau balai polis berdekatan.

Sumber: IPD Matu Daro.

Dapatkan berita selanjutnya dalam Akhbar Utusan Sarawak esok Khamis (17/08/2017).

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY