Related Pots
Selepas BERSIH mengotorkan Semenanjung Malaysia mereka datang ke Sarawak untuk melakukan perkara yang sama..
Politik kotor dan jahat haprak pakatan sedang menular di Sarawak..modus operandi yang sama dilakukan dengan memburukkan SPR.
Di Semenanjung sebelum ini persepsi buruk dilakukan untuk memburukkan SPR oleh Bersih dan haprak pakatan. Pelbagai dakyah dilemparkan kononnya berlaku penipuan undi,pengundi bangla dan blackout..
Kesemua pembohongan mereka berjaya didedahkan kepada umum..malah dengan berbohong dan fitnah kepada SPR mereka mahu menghalalkan rusuhan dijalan raya.
Di Sarawak SPR telah membuat cadangan persempadanan semula pada awal Januari dan pengundi diberi tempoh sehingga 4 Februari untuk membuat sebarang bantahan.
Tumpuan diberikan oleh haprak pakatan untuk merosakkan imej SPR kerana Sarawak tidak lama lagi akan mengadakan Pilihanraya Negeri ke 11 (PRN 11) tidak lama lagi..
BERSIH yang dibiayai oleh anasir luar menjadi alat tangan asing untuk campur tangan perihal demokrasi negara kita untuk mengikut acuan Yahudi..
Rakyat Sarawak harus sedar..mereka harus menolak kerja kotor BERSIH yang membawa politik jahat ke Sarawak.
PKR bakal membawa isu persempadanan semula di mahkamah.. apa gunanya tempoh bantahan hampir sebulan diadakan,malah disiarkan oleh akhbar akhbar utama di Sarawak.
Dapatkan saja 100 tandatangan untuk buat bantahan.. apa perlunya “headline” bombastik dengan menggunakan nama mahkamah sedangkan kita semua tahu akhirnya bakal ditolak kerana SPR sudah tetapkan kaedah bantahan..
SPR amat telus dan terbuka..sesiapa saja yang layak mengundi membuat bantahan..yang melucukan sehingga sekarang tiada sesiapa yang membuat bantahan secara formal dan mengikut kaedah yang ada.
Sebenarnya mereka mahu membuat kacau dan melakukan provokasi jahat untuk bangkitkan suasana tidak aman di Sarawak. Sedangkan jika benar mereka mahu membuat bantahan SPR amat terbuka..
#susah ker nak dapat 100 tandatangan???