'/>

Lebih 3.7 juta rakyat negara ini yg layak mengundi ttp masih belum mendaftar sbg pengundi.

Namun begitu menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya, setakat 31 Mac 2017, lebih 3.7 juta orang yang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih berbanding 18 juta jumlah keseluruhan rakyat yang layak mendaftar.

Statistik ini merupakan satu indikator bahawa kesedaran rakyat terhadap hak dan tanggungjawab mereka kepada negara masih rendah. Oleh itu, saya menyeru agar semua agensi-agensi yang terlibat untuk memperhebatkan usaha-usaha penerangan serta mendaftarkan mereka yang layak mengundi.

Peratusan pengundi keluar mengundi juga harus ditingkatkan lagi berbanding PRU13 di mana hanya 84.84% atau 11.2 juta pengundi telah keluar mengundi.

Sumber:https://t.co/RGnusvz3Gk

Sibu :Satu kebakaran telah berlaku di Lorong Sentosa Barat 2, Jalan Salim, Sibu melibatkan tiga buah rumah terbakar 100% ketika ini dan pihak bomba sedang berusaha untuk memadam kebakaran tersebut. Setakat ini punca kebakaran serta jumlah kerugian masih belum di ketahui.
Foto dan info by :info sibu

Sarawak Tidak Bersetuju Dengan Pendapatan 10% Cukai Perlancongan

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg menegaskan Sarawak tidak bersetuju dengan pendapatan 10 peratus yang dikutip dari Cukai Pelancongan yang diumumkan baru-baru ini.

"Bukan ini (pendapatan 10% dari Cukai Perlancongan) yang telah dipersetujui sebelum pengumuman di Putrajaya. Kita tidak ada membincangkan yang Sarawak hanya mendapat satu ringgit (untuk setiap RM10 yang dikutip)."

Menegaskan Sarawak tidak dapat bersetuju dengan 10 peratus "kerana susunan awalnya berbeza", Johari menjelaskan, Sarawak dan Sabah telah mengemukakan memorandum kepada Putrajaya mengenai sebelum ini bagaimana pendapatan yang dikutip dari Cukai Pelancongan perlu diagihkan.

"Memorandum itu menyatakan bahawa pendapatan sepatutnya diagihkan sama rata di antara tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah," katanya lagi ketika ditemui pemberita di BCCK selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Khas Antarabangsa ke-2 (ICSE 2017) pada hari ini.

#iamSarawakian
#TeamAbgJo

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY