'/>
KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI SELEPAS MENANG BESAR DALAM PILIHAN RAYA KECIL SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR
1. Saya berterima kasih kepada rakyat kerana meletakkan kepercayaan mereka terhadap Barisan Nasional lagi. Sebagai sebuah kerajaan separuh penggal yang menjadi sasaran fitnah bermotifkan politik, kami dengan rendah diri menerima kemenangan besar itu. Majoriti  rasmi kita di Kuala Kangsar ialah 6,969 berbanding 1,082 dalam pilihan raya umum pada tahun 2013 dan 9,191 di Sungai Besar berbanding 399 pada tahun 2013.
2. Tun Mahathir Mohamad telah menjadikan pilihan raya sebagai pungutan suara kepada kepimpinan saya. Beliau berkempen untuk bekas musuhnya di pihak pembangkang, manabur aib parti sendiri dengan bahasa yang kasar dan mendakwa bercakap bagi pihak rakyat.  Tetapi pengkhianatan ini didorong oleh kepentingan peribadi bukan kepentingan negara.
3. Kini, dengan dua kemenangan majoriti besar ini dan kemenangan besar  72 daripada 82 kerusi Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri Sarawak bulan lepas, menunjukkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional. Mereka menolak pembohongan Tun Mahathir, menolak gabungan gagal beliau dengan bekas musuh dan menolak kecelaruan pembangkang - kerana sebahagiannya bersekongkol dengan Tun Mahathir.
4. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jentera Barisan Nasional yang dipimpin baik oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Barisan Nasional menang  kerana kita bekerja sebagai satu pasukan. Kita menang dan jika kita terus bekerja keras untuk rakyat dan kekal bersatu padu, kita akan sentiasa menang.
5. Selagi saya sebagai Perdana Menteri, kepentingan rakyat akan diutamakan. Kami akan melaksanakan janji-janji kami kepada rakyat. Keutamaan saya akan terus tertumpu kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia.
PEJABAT PERDANA MENTERI
18 JUN 2016
Terjemahan oleh : KKMM
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY