'/>

Daro: Nelayan yang dilaporkan hilang sejak pukul 5.00 ptg semalam semasa pergi menangkap ikan sekitar Btg. Lassa, Daro telah dijumpai selamat dan dalam keadaan letih oleh nelayan tempatan pagi tadi. Setakat ini mangsa telah pun dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak bomba.

Foto:FB Kamek miak Sarawak

Daro - Seorang nelayan  dari Kampung Badong di sini dikhuatiri hilang selepas keluar memukat ikan terubok pada  jam 7.00 malam semalam.

Mangsa  Ismail Bin Jem 54 tahun , dilaporkan keluar dari rumah oleh ahli keluarganya kerana hendak memukat ikan  dan turun dari jeti kampung terbabit.

Menurut keluarganya, mangsa sepatutnya pulang pada jam 7.00 pagi tadi namun tidak tiba di rumah seperti kebiasaannya.

Penduduk kampung  telah bertindak keluar untuk mencari mangsa semenjak jam 4.00 petang ini tadi.

Foto & Info/ KLXpress/ Mohd Faizal Jamiludin

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY