'/>

Bunuh upahan di Malaysia sudah bertapak. Wajib bantras agar tk jadi industri kecil yg celakai kehidupan damai kita.

Rakyat di negeri ini digesa memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang kini sedang berunding dengan kerajaan pusat dalam penurunan kuasa yang sepatutnya dimiliki kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menegaskan, perjuangan murni Adenan harus mendapat sokongan dan dukungan semua tanpa mengira pegangan politik kerana manfaatnya kelak akan dinikmati bersama.

“Begitupun, apa yang dilakukan oleh Adenan bukan bermakna kita mahu keluar dari Malaysia…tidak sama sekali.

“Ia sebaliknya hak yang kita terlepas seperti yang termaktub dalam perjanjian yang telah dimeterai pada tahun 1963.

“Maka itu, berilah mandat kepada beliau untuk terus berjuang demi anak-anak Sarawak dan generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2016 di Kampung Melayu Engkilili di sini, semalam.

Tahniah Selangor juara @sukma_2016_swk. Tahniah Sarawak tuan rumah terbaik & di tmpt ke-2 beza 2 emas lepas Sgor.

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY