'/>
Oleh IZZ MIQAEL

BACHOK – Seorang wanita yang dilaporkan hilang bulan lalu akhirnya ditemui mati dengan hanya tinggal tulang di atas batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus tengahari tadi.

Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tuga memesin padi kira- kira jam 12 tengahari.

Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.

“Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan,yang memiliki mesin padi tersebut. Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.

“Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Ramlah, 61 berkata. dia reda dengan kejadian yang menimpa keluarganya itu.

“Makcik tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini,” katanya.

Katanya, usaha mencari anaknya itu dilakukan sejak dia hilang sebulan lalu melalui pelbagai cara termasuk melalui akhbar.

Menurut Ramlah, anaknya yang pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.

“Makcik tidak mengesyaki apa- apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku.

“Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau sebagainya. Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri,” katanya.

Menurutnya, Norhayati atau mesra dengan panggilan Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.



- http://detikperubahan.com/2012/05/16/wanita-hilang-sebulan-ditemui-mati-di-sawah-padi/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY