'/>

Klik link :Drif Sempena Berambeh Sitok 2015: http://youtu.be/GhKa-NKfVzQ


Semoga Panjang umur dan dimurahkan rezeki..

Infografik:Cetusan Kenyalang

Syabas Dan tahniah...selepas beberapa bulan  selepas pelancaran KRT Kampung Bintangor...kegiatan tidak sihat berjaya dikurangkan...Kepada KRT Kampung Bintangor,Rela Dan Pihak PDRM Meradong teruskan....
#Sempat bersama dengan Abg2 Rela berkawal...

Foto:RTM Sarawak

Televisyen tempatan Arab Saudi Melaporkan, Raja Abdullah bin Abdulaziz, 91 telah kembali Kerahmatullah pada awal pagi Jumaat waktu tempatan.

Tempat Almarhum digantikan oleh Putera Salman bin Abdulaziz,  79.

Raja Abdullah telah dimasukkan ke Hospital Riyadh pada bulan Disember lalu untuk pemeriksaan kesihatan dan disahkan mengidap  pneumonia.

Raja Abdullah memangku sebagai Raja Arab Saudi pada August 2005 kerana Raja Fahd diserang stroke dan menaiki takhta pada tahun 2006, selepas kemangkatan Raja Fahd.sumber

Berat 16 kilo...sekilo rm600...

BINTANGOR : Ahli Parlimen Tanjong Manis, Datuk Hajah Norah Tun Rahman hari ini menyerahkan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM5,000 kepada tiga keluarga mangsa kebakaran di Sungai Sian dekat sini awal pagi kelmarin.

Sumbangan peribadi itu diserahkan kepada salah seorang mangsa, Luk Siew ing oleh Michael Chong yang mewakili Ahli Parlimen Tanjong Manis dalam satu majlis ringkas di sini pagi tadi. 

Ketika menziarahi mangsa kebakaran pagi tadi, Michael Chong memohon agar semua penduduk yang terjejas akibat kejadian itu bersabar dan reda dengan apa yang telah berlaku.

“Kita berharap bantuan tersebut akan dapat digunakan oleh penduduk untuk mendapatkan barang-barang keperluan penting dan meringankan beban mereka dalam masa terdekat ini,” katanya.

Dalam kejadian itu Kira-kira 12 orang mangsa daripada tiga keluarga, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang mereka diami musnah dijilat api. Jumlah kerugian dan punca nahas masih dalam siasatan.
Sumber :Harian Belawai

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini membuat tinjauan banjir di Sarawak yang bermula di Kuching dan menyifatkan ianya membimbangkan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan media hari ini berkata menerusi tinjauan yang dilakukan, didapati keadaan agak membimbangkan dan kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersiap siaga dari awal dalam berdepan sebarang kemungkinan.

“Rohani dalam lawatan tersebut turut ke Bilik Gerakan Bencana Banjir JKM Negeri Sarawak yang beroperasi 24 jam yang diselaraskan oleh seluruh warga kerja JKM Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, laporan sehingga pukul 4 petang hari ini menunjukkan bahawa sebanyak 44 pusat pemindahan telah dibuka di negeri Sarawak yang terjejas banjir melibatkan seramai 1,951 keluarga dengan 8,067 mangsa.

“Saya amat mengambil berat dengan keadaan banjir di Sarawak, saya berharap persediaan pengurusan banjir di sini lebih aktif walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran yang lebih besar disebabkan faktor lokasi,” kata Rohani dalam kenyataan sama.

Faktor Geografi negeri itu yang besar dan luas termasuk kawasan pedalaman yang berjauhan antara satu tempat dengan tempat yang lain agak menyukarkan saluran penyampaian bantuan.
 

Warga emas yang tidak berkeupayaan terpaksa diangkat untuk dipindahkan dalam keadaan banjir di Kampung Endap, Samarahan.

“Kita berusaha sedaya upaya agar bantuan dapat disampaikan kepada semua mangsa bencana dalam keadaan selamat,” kata beliau.

Bagi negeri di Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir, Kelantan dan Perak tidak berubah berbanding rekod pada tengah hari.

Tengah hari tadi, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Sarawak ialah pada 6,952 manakala di Kelantan merekodkan 255 orang dan Perak 78 orang.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata sebanyak 23 pusat pemindahan dibuka di Kuching menempatkan 4,269 mangsa, sebanyak 13 pusat pemindahan di Samarahan dengan 1,729 mangsa, tiga pusat pemindahan di Limbang menempatkan 765 mangsa manakala dua pusat pemindahan di Mukah dengan 189 mangsa.

Menurut MKN negeri itu, sebanyak 14 buah sekolah masih ditutup akibat banjir manakala 22 buah lagi masih beroperasi. 
 


‪#‎infoBanjir‬: Laporan Situasi Banjir Negeri Sarawak 200115@0800H

1. Sarawak dibahagikan kepada 3 Zon ( Selatan, tengah dan utara) dan zon tsbut dipecahkan Kpd 11 bahagian. Bahagian Terlibat Banjir sebanyak 4 iaitu Mukah , Kuching, samarahan dan limbang.

1. Mukah
a. Kawasan dinaiki air(4)
(1) Rh Meling
(2) Rh Jinggap
(3) Rh Ding
(4) Kg Bawang, Matu
b. Pusat pemindahan - 2
c. Jum Mangsa - 189
d. Jum Keluarga - 66

2. Kuching
a. Kawasan dinaiki air(23)
(1) Kg simpok
(2) Kg ma'ang
(3) Kg Bawang
(4) Kg tengah Sg
(5) Kg batu kitang
(6) Kg Astana lot
(7) Rantau panjang
(8) Kg beradek
(9) Kg landeh
(10) Kg stapok
(11) Kg sinar budi
(12) Kg mambong
(13) Lorong 10 desa wira
(14) Kg Paroh
(15) Kg tupong ulu
(16) Kg Sg maong
(17) Kg sandong
(18) Kg mundai
(19) Kg bratan
(20) Kg Jambu
(21) Pekan Batu Kawa Lama
(22) Kpg segedup
(23) Kpg Bintawa
b. Pusat pemindahan - 23
c. Jum manga - 4,269
d. Jum keluarga - 1018

3. Limbang
a. Kawasan dinaiki air(1)
(1) Kg Baru, Jln mendamit
(2) Kpg Bidang
(3) Kpg Lumut
b. Pusat pemindahan - 3
c. Jum mangsa - 765
d. Jum keluarga - 189

4. Samarahan
a. Kawasan dinaiki air(13)
(1) Kg ulu, serian
(2) Kg nangka
(3) Kg entinggan
(4) Kg simunjan tebang
(5) Kg Lingga
(6) Kg tanah putih
(7) Kg rimba padi
(8) Kg Koran
(9) Kg sindang
(10) Kg tanjung bundong
(11) Kpg Pinang
(12) kpg lintang
(13) Kpg Slabi Entukuh

b. Pusat pemindahan - 13
c. Jum mangsa - 1729
d. Jum keluarga - 416

5. Sebanyak 34 pusat pemindahan telah dibuka
a. Mukah - 2
b. Kuching - 23
c. Limbang - 3
d. Samarahan - 14

6. Jumlah keseluruhan mangsa Banjir -6,952 org

7. Jumlah keluarga - 1,689

Sumber

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY