'/>
Anda kenal ke siapa ibu tua ini? Macam pernah tengok kan tapi kat mana ye?

Ibu tua ni pada sesiapa yang dah lupa adalah ibu yang telah remuk hatinya dikecewakan. Dia sentiasa berasa malu yang amat sangat kepada semua namun dia pasrah terhadap nasib yang menimpanya.

Ibu ini mungkin berasakan kini ramai saudara seagamanya kini telah lupa akan kisah keperitan dan kesengsaraan yang dihadapi. Saudaranya kini lebih mudah terpedaya dengan dakyah, mungkin sebab masih belum pernah terkena pada anak sendiri lagi.

Ape cerita sebenarnya ni? 

Ibu ini adalah ibu kepada kepada Azlina Jailani atau yang lebih dikenali dikalangan kafir sebagai Lina Joy. Anaknya ini telah menukar agama daripada Islam kepada Kristian Katholik tanpa melalui perintah Mahkamah Syariah.

Kisah ini boleh google je kat internet kalau anda nak tahu. Tapi ape yang aloqlaloq nak kisahkan kat sini adalah pembabitan Ketua Dewan Muslimat Pas (Kehormat) , Ambiga dalam kes ini.



Buat orang Pas khasnya dan orang Melayu amnya yang mudah lupa, Ambiga merupakan orang yang paling kuat menentang perkara 121 ( 1A) dalam perlembagaan yang menyebut bahawa segala keputusan yang di putuskan oleh Mahkamah syariah tidak boleh di bawa ke mahkamah sivil.

Penentangan ini adalah selaras dengan kehendak kaum kafir yang ingin 'sedikit' kemudahan untuk memurtadkan umat Islam di negara kita ini. Dengan menggunakan alasan hak asasi manusia, Ambiga dan pasukan peguamnya bertungkus lumus berjuang untuk 'mengesahkan' penukaran agama Lina Joy ini.

Selepas beberapa tahun, kisah ibu tua sedih ini makin luput diingatan orang Melayu terutamanya Pas. Mereka kini sanggup bersetongkol untuk berjuang dalam satu lagi 'perang' hak asasi manusia ciptaan Ambiga. 

Sehingga kini tidak diketahui ape kabar nya ibu tua ini. Ntahkan hidup ntahkan telah tiada, aloqlaloq tiada kepastian. Bersabarlah ibu tua, pastikan akan ada nanti saudara seagama membela nasib mu itu. 

Kepada umat Islam kat luar sana, kenalilah dan kajilah siapa Ambiga sebenarnya!!!


- http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/05/foto-ibu-gadis-murtad-kecewa-dengan.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY