'/>
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan, berusia setahun lapan bulan yang dipercayai didera Khamis lepas.
Mangsa yang mempunyai adik kembar perempuan, tinggal di Bukit Katil di sini, dikejarkan ke Hospital Melaka dengan ambulans selepas didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.45 petang, 3 April lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata laporan bedah siasat pada Jumaat mendapati terdapat kesan bengkak di bahagian kepala kanak-kanak perempuan itu akibat hentakan benda tumpul yang masih baru selain kesan lama dipercayai didera.
Beliau berkata ekoran itu, polis menahan suspek berusia 30-an yang bekerja sebagai posmen dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa, pada 4 petang Ahad lepas.
"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya di sini, hari ini.
Raja Shahrom berkata ibu kanak-kanak itu yang berusia 20-an masih belum dipanggil memberi keterangan ekoran masih menyusukan seorang lagi anak perempuannya.
- BERNAMA
sekadar  hiasan
ZAHID HAMIDI

PUTRAJAYA 8 April – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.
Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.

“Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.
“Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.
Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik. – UTUSAN ONLINE
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY