'/>

KES TIGA BERANAK MAUT DI SAMARAHAN DISIASAT SEBAGAI KES BUNUH - POLIS

Kuching, 20 Julai  - Kes penemuan mayat dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun serta ibu mereka di sebuah rumah di Kampung Baru, Kota Samarahan malam tadi kini disiasat sebagai kes bunuh dan bukan lagi mati
mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata ketiga-tiga mayat tiga beranak itu kini berada di Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mereka.

"Polis akan meneliti laporan bedah siasat bagi memastikan sama ada berlaku pelakuan jenayah dalam kes tersebut," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian itu, pihak polis menemukan dua kanak-kanak berkenaan dalam bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal
dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan.

Turut ditemui dalam bilik tidur itu ialah sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.

Seorang wanita yang dipercayai ibu mereka yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam bilik tandas rumah tersebut.

- BERNAMA

Dalam acara Final Taekwondo Female Heavy Open Over 73 petang ini menyaksikan Sarawak berjaya merangkul pingat emas yang disumbangkan oleh Nurul Nur Hafizza Mahdi menentang Nurul Nadhirah Norhisham dari Wilayah Persekutuan.

Kredit: Jiwa Bakti

Salam Takziah
Kota Samarahan: Seorang ibu dipercayai membunuh dua anaknya sebelum menggantung diri di rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Kota Samarahan di sini, malam tadi

Mayat wanita berusia 37 tahun itu ditemui tergantung dalam tandas rumahnya, manakala dua anak lelakinya masing-masing berusia empat dan tujuh tahun ditemui dalam bilik tidur kira-kira 8 malam

Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk kampung memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan

Menurutnya, polis membuat pemeriksaan di rumah itu dan menemui dua kanak-kanak lelaki di bilik tidur dengan mulut berwarna hitam

"Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala adiknya berusia empat tahun dalam keadaan kritikal dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Jantung Kota Samarahan

"Pemeriksaan lanjut menemui mayat seorang wanita tergantung dalam tandas," katanya

Katanya, polis menemui botol cecair peluntur dalam keadaan penutupnya terbuka berhampiran mayat kanak-kanak berkenaan, disyaki digunakan wanita itu untuk membunuh anaknya

"Kemungkinan wanita terbabit membunuh anaknya dulu sebelum menggantung diri. Tiada unsur jenayah lain ditemui di lokasi kejadian," katanya

Mayat dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY